Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda

Baru-baru ini Google Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada salah seorang Youtuber tempatan, Syafiq Aiman yang berjaya mencapai 1 JUTA subscribers di usia yang muda iaitu pada umur 18 tahun. 

Apa yang lebih menarik perhatian kami ialah apabila kami dapati bapanya merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan Syafiq Aiman.

 
Bagi kami, agak sukar untuk melihat ibu bapa di Malaysia yang beri sokongan dan dorongan kepada minat anak mereka dalam 'bidang' ini. Jadi kami hubungi beliau dan menemubual untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. 

Boleh ikuti temubual kami di bawah.

Saiful Nang Academy: Pertama sekali terima kasih kerana bersetuju terima pelawaan kami utk buat sesi interview ini. Tahniah juga buat anak, Syafiq Aiman Youtuber yg berjaya mendapatkan 1 juta subscribers pada usia yang cukup muda 18 tahun.

Sharulfizam Adam: Terima kasih banyak2 kerana sudi interview saya.

Bagaimana pula dengan penerimaan Tuan sebagai seorang bapa mengenai pencapaian Syafiq Aiman? 

Saya amat berbangga kerana saya sebagai bapa dapat memberikan yang terbaik untuk masa depan Syafiq Aiman.

Saya sentiasa percaya dunia sudah berubah dan kita sebagai ibu bapa perlu mengikut peredaran zaman dengan memberikan kebebasan terkawal kepada anak-anak kita.

Dahulu orang hanya berfikir pekerjaan yang ada masa depan ialah seperti doktor, engineer, bekerja di syarikat besar atau di kerajaan. Tetapi zaman telah berubah, bidang-bidang baru seperti menjadi Youtuber juga boleh meraih pendapatan 5-6 angka sebulan dan tidak mustahil untuk bergelar jutawan pada usia yang muda.

 

Boleh Tuan kongsikan bagaimana Syafiq Aiman bermula menjadi Youtuber? Mungkin ini boleh jadi pembakar semangat buat anak muda yang ingin bermula menjadi Youtuber.

Syafiq Aiman berminat menjadi Youtuber semasa berada di tingkatan 3. Pada mulanya dia berminat edit video sebab bercita-cita nak masuk UITM dan mengambil bidang berkaitan dengan pembikinan filem/editing. Untuk edit gambar ia perlu ada video.

Dari suka-suka Syafiq telah melihat bidang ini ada potensi untuk berkembang apabila beberapa video yang dia upload di Youtube menerima sambutan yang amat mengalakkan.

Saya sebagai bapa melihat secara dekat perkembangan ini. Saya semakin serius setelah saya melihat Syafiq menerima cek berjumlah USD100. Bila setiap bulan Syafiq menerima cek yang semakin lama semakin tinggi jumlahnya sehingga 4 angka, saya telah membuat keputusan membelikan peralatan yang lebih bagus bagi memudahkan Syafiq edit video dan menghasilkan produk yang berkualiti. Seingat saya telah mengeluarkan modal yang agak besar dalam RM 20-30k pada fasa 1. Memang berisiko sebab jika gagal semua pelaburan saya akan sia-sia tetapi melihat kepada kesungguhan dan semangat yang Syafiq tunjukkan saya tidak ragu-ragu membelikan peralatan tambahan dan jumlah besar dalam RM50,000 (total).

Di masa ini Syafiq masih belajar di tingkatan 4. Walaupun begitu, saya telah memberikan syarat kepada Syafiq. Untuk dia terus membuat content dan bermain video Syafiq perlu:

1. Mendapat result peperiksaan top 5 dalam kelas.

2. Hanya boleh bermain video pada Jumaat (selepas sekolah), Sabtu dan Ahad sahaja.

Syukur semua perancangan saya berjalan dengan lancar. Syafiq mendapat panggilan masuk ke UITM tapi terpaksa dia lupakan sebab Syafiq ingin menjadikan Youtuber sebagai kerjaya full time.

Boleh Tuan kongsikan bagaimana Syafiq Aiman mampu membeli sendiri kereta Honda pada usia yang sangat muda (17 tahun), dan jika tidak keberatan boleh kongsikan juga anggaran pendapatan yang diterima oleh beliau dari Youtube.

Ya betul Syafiq telah berjaya membeli kereta sendiri Honda Civic 1.5 TCP pada umur 17 tahun semasa di tingkatan 5. Di masa ini pendapatan Syafiq telah pun mencecah 5 angka sebulan. Saya yang mencadangkan Syafiq membeli Honda Civic sebagai reward untuk diri sendiri di atas kejayaan yang di raih.

Terkini pada umur 19 tahun Syafiq telah mempunyai studio sendiri dan staff yang bekerja dengan Syafiq.

Nak mula jadi Youtuber dan buat video, guna henfon yang ada kat tangan tu pun dah boleh. Kita manfaatkan dahulu apa gajet yang sudah ada, dah mula dapat duit dari Youtube, baru kita slowly upgrade peralatan.

Mungkin Tuan ada pesanan untuk ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak dengan minat yang sama?

Ibu bapa sepatutnya memberikan galakan bukan halangan. Dunia telah berubah. Kita seharusnya membiarkan anak-anak memilih apa bidang yang mereka suka dan MEMBERIKAN KEBEBASAN TERKAWAL.

Kita belikan equipment dan memantau perkembangan mereka dan sentiasa memberikan sokongan. Dengan sokongan dari ibu bapa Insha Allah mereka boleh berjaya dengan lebih cepat dan mudah.

Saya sebagai bapa sentiasa memberikan nasihat kepada Syafiq dan tidak masuk campur dalam apa yang Syafiq usahakan. Biar Syafiq berjaya dengan cara dia kerana ini yang lebih penting.

Syafiq anak yang baik, sentiasa meminta nasihat dan pandangan dari saya dan isteri, setiap hari balik ke rumah kami walau sekarang dia tinggal bujang, sembahyang 5 waktu tak tinggal dan sentiasa bersedekah. Syukur Allah kurniakan sifat baik dalam diri Syafiq Aiman.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang melihat karya dan menyokong Syafiq Aiman sehingga channel Syafiq Aiman mencapai 1.05 juta pengikut. Terima kasih sekali lagi.

 

Begitulah sesi temubual kami bersama bapa kepada Syafiq Aiman. Melalui sokongan yang diberikan oleh Tuan Sharulfizam, Syafiq Aiman berupaya mengecapi kejayaan di usia yang muda. Kami yakin ibu bapa di luar sana juga boleh menjadi seperti mereka. Tidak semestinya dari segi kewangan, tetapi moral support yang diberikan serta jalan yang dibukakan untuk anak-anak. 


Jika mereka minat melukis, kita boleh masukkan mereka ke kelas melukis. Jika mereka minat buat video, kita ibu bapa boleh masukkan anak ke kelas belajar buat video. Pucuk pangkalnya, kita bukakan jalan dan dari situ kita lihat progress mereka. 

Tak rugi pun, sebab ilmu dan kemahiran yang mereka belajar itu boleh digunakan pada bila-bila masa. Kami juga ada mengadakan kelas videografi secara online bagi yang berminat nak buat video Youtube (atau Facebook/Instagram/Tiktok). Kami ajarkan buat video dan edit video guna henfon.

Sebab nak upload kat Youtube, jadi kami bagi juga PERCUMA kelas Youtube Income Tinggi. Kelas ni kami ajarkan bagaimana nak dapatkan views yang tinggi dan cara bina content yang boleh naikkan subscriber.

Ambil ketiga-tiga kelas ni, kita bagi DISCOUNT RM90 dari harga keseluruhan. Boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk mendaftar.   


Related Posts

Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! You...
Read More
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menuru...
Read More
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Lawan Video TikTok, Cikgu Kena Buat Video PdPR Lebih Menarik Elak Murid Lesu
Jadi cikgu ni, tak kiralah di zaman bila pun, cabarannya memang tetap ada. Zaman Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad al...
Read More

Filter
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda
Bapa Youtuber Syafiq Aiman Bangga Anak Berjaya Jana Income Sendiri Di Usia Muda