Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers

Suman Dhamane telah meraih perhatian di India apabila meraih 8 juta tontonan sebulan pada tahun 2020 yang lalu menurut India Times. Pencapaian ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menjadi seorang Youtube Creator. 

Sumber: Youtube Aapli Aaji 

Pada tahun 2021 ini pula, nenek ini telah berjaya meraih 1.15 juta subscribers dan menerima Gold Play Button daripada Youtube menurut video yang dimuat naik pada 19 Jun 2021. 

Channel Youtube beliau Aapli Aaji  memaparkan resepi-resepi masakan India dengan cara yang mudah. Suman menggunakan bahasa Marathi dalam videonya dan hal ini menarik lebih ramai penonton yang menggunakan bahasa yang sama. 

Nenek ini dibantu oleh cucunya, Yash Dhamane yang kini berusia 18 tahun. Yash menggunakan kemahirannya dalam merakam dan menyunting video untuk berkongsi resepi dan skil masakan neneknya di Youtube. Pemuda ini konsisten memuat naik 2 video resepi baru dalam seminggu, di samping menguruskan hal-hal pembelajarannya sendiri. 

Sumber: Instagram Aapli Aaaji

Bukan itu sahaja, melalui popularitinya dalam masakan India di Youtube, Suman dan cucunya Yash mula mengembangkan sumber pendapatan mereka melalui penjualan rempah masakan. Memandangkan ramai subscribers yang bertanya tentang rempah-rempah yang digunakan oleh Suman Dhamane semasa memasak, mereka telah pun mula menjual rempah-rempah di serata India untuk memenuhi permintaan tersebut. 

Kisah nenek 70 tahun ini boleh dijadikan inspirasi kepada sesiapa yang berimpian untuk menjadi seorang Food Youtuber. Apa yang utama ialah kita perlu konsisten dalam menghasilkan ‘content’ yang berkualiti bertepatan dengan niche masing-masing. Pada masa yang sama, kita tambah baik ilmu rakam dan sunting video

Jom bersama kami minggu ini dan belajar teknik yang betul untuk merakam serta sunting video makanan menggunakan henfon sahaja. Sangat mudah kerana kita boleh merakam dan edit pada bila-bila masa. Lebih penjimatan jika memilih pakej Usahawan Makanan atau Pakej Peniaga Online Makanan. Kelas Youtube juga ada untuk bakal Food Youtuber di luar sana Hanya tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut dan mendaftar sekarang:


    Related Posts

    5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
    5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
    Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
    Read More
    6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
    6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
    Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
    Read More
    Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
    Mekanik Tempatan Guna Youtube (106K subscribers) Untuk Promote Bisnes Workshop
    Seperti yang sering kami beritahu sebelum ini, semua orang pun boleh jadi Youtuber walaupun kita seorang mekanik! You...
    Read More

    Filter
    Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers
    Nenek 70 Tahun di India Jadi Food Youtuber dengan 1.15 Juta Subscribers