Youtube Vlogger Hidup Gaya Kampung Dapat Anugerah Guinness World Records Baru-Baru Ini

Mungkin bagi yang masih belum mengenali Li Ziqi, boleh tengok video ni dulu.

Li Ziqi ialah seorang wanita berumur 30 tahun yang berasal dari China. Merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan oleh neneknya di kawasan terpencil di pergunungan Mianyang, Sichuan Province. Sebelum Li Ziqi terjebak dengan dunia Youtube, beliau asalnya bekerja 9 to 5 di bandar besar sama seperti orang lain. Kemudian, neneknya jatuh sakit dan beliau buat keputusan besar untuk kembali semula ke Sichuan dan menjaga neneknya. 

Disitulah bermulanya perjalanan kehidupan Li Ziqi menjadi vlogger. Tujuan utamanya buat video hanyalah untuk melariskan jualan produknya melalui platform Taobao dengan merakamkan beliau menggayakan pakaian tradisional China dengan mengamalkan gaya kehidupan luar bandar. Hanya bermula dengan merakamkan diri sendiri; set tripod - filem diri sendiri - stop video dan ulang semula. Lama kelamaan setelah video beliau mendapat sambutan, barulah Li Ziqi hire shooting team untuk membantunya membuat vlog content. 

Jika dilihat dari video-video Li Ziqi, video nya sangat cantik dan sangat mudah untuk kita terbuai dengan jalan penceritaannya yang simple, pemandangan yang cantik dan memukau, lifestyle nya yang unik, alunan muzik yang lembut di halwa telinga, bunyi-bunyian alam semulajadi seperti bunyi air sungai mengalir, burung berkicau, dan ayam berkokok. Video Li Ziqi juga mempunyai setting kekampungan dan ada menunjukkan cara menghasilkan sesebuah makanan menggunakan peralatan tradisional. Video masak - semua orang buat video masak. Tapi kelainan yang Li Ziqi tampilkan ialah proses penghasilan makanan tersebut bermula dari menanam, tuai, masak dan makan. Ada sesetengah videonya memerlukan masa sehingga 2 ke 3 tahun untuk siap sempurna prosesnya. 

3 tahun berkecimpung di dunia Youtube, kini Li Ziqi sudah mempunyai 14.3 juta subscribers dari seluruh dunia. Youtube channel yang mempunyai subscribers tertinggi dengan video content gaya hidup kampung dan seterusnya dianugerahkan Guiness World Record pada 3 Februari 2021. 

Seperti yang pernah kami terangkan sebelum ini, bila kita nak terjun dalam bidang Youtube ni kita perlu tahu 'niche' kita dulu - maksudnya kita nak buat video berkenaan dengan apa? Seeloknya kita pilih bidang yang kita minat kerana dari minat itu baru datangnya drive untuk hasilkan content yang lebih baik. Perkataan putus asa juga tidak akan terlintas difikiran kerana kita sedang lakukan sesuatu yang kita minat. Perlu tahu kejayaan dan subscribers takkan datang dalam 1 malam. Content yang berterusan dan sentiasa ditambahbaik ideanya akan membuat Youtube channel kita menarik. Bila menarik, baru lah orang nak follow channel kita..

Asasnya, nak jadi Youtuber sekarang dah senang. Ada smartphone pun dah boleh buat content best. Rakam dan edit video guna henfon je; henfon sekarang ni pun dah makin canggih fungsinya. Tahu 2 benda ni, semua jenis video kita boleh hasilkan. Dari segi lighting pula boleh la shoot video di lokasi yang ada cukup cahaya mataharinya atau pun kalau tak ada, boleh juga guna lampu extra yang ada kat rumah. Dah stabil sikit, baru lah kita invest kepada equipment yang lebih baik. Boleh klik kat gambar bawah ni dan tambah ilmu bagaimana permulaan nak jadi Youtuber/Vlogger berjaya. Siapa tahu, lagi 2-3 tahun akan datang Youtube pula jadi sumber pendapatan utama kita? Tapi kena lah mula tambah ilmu buat video dari sekarang. 

 



Filter
Youtube Vlogger Hidup Gaya Kampung Dapat Anugerah Guinness World Records Baru-Baru Ini - Saiful Nang Academy
Youtube Vlogger Hidup Gaya Kampung Dapat Anugerah Guinness World Records Baru-Baru Ini - Saiful Nang Academy