5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022

Kami percaya, rata-rata pembeli hari ini pasti akan pertimbangkan ciri kamera yang bagus apabila hendak membeli smartphone baharu. Jadi, ia amat penting untuk pembeli mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat pembelian mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. Di sini kami ingin kongsikan senarai smartphone dengan kamera terbaik di pasaran setakat ini. Senarai ini adalah rujukan daripada laman web Techradar.

Jika ditanya model apakah yang mempunyai kamera terbaik, pasti anda akan dapat jawapan yang lain-lain daripada pelbagai sumber. Oleh itu, anda perlu faham bahawa jawapan untuk persoalan ini adalah subjektif. Kami nasihatkan anda supaya membuat penilaian berdasarkan keperluan, citarasa dan bajet anda. Senarai ini sekadar panduan untuk anda dapatkan maklumat yang lebih jelas.

  1. iPhone 13 Pro / 13 Pro Max

“Phone kamera terbaik”

SPESIFIKASI

Berat: 204g / 240g

Dimensi: 146.7mm x 71.5mm x 7.7mm / 160.8mm x 78.1mm x 7.7mm

OS: iOS 15

Saiz skrin: 6.1-in / 6.7-in

Resolusi: 1170 x 2532 / 1284 x 2778

CPU: A15 Bionic

RAM: 6GB

Storan: 128GB/256GB/512GB/1TB

Bateri: 3,095mAh / 4,352mAh

Kamera belakang: 12MP (wide) + 12MP (telephoto, 3x optical) + 12MP (ultrawide, 120-degree)

Kamera hadapan: 12MP (wide)

iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max tidak dapat dinafikan, mempunyai kamera dengan kualiti yang cukup bagus. Ia mempunyai 12MP f/1.5 pada sensor utama dengan piksel 1.9µm, 12MP f/1.8 ultra-wide dan 12MP f/2.8 telephoto berserta 3x optical zoom. Kedua-dua model ini mempunyai ciri kamera yang sama. Perbezaannya adalah saiz skrin. Walaupun ia tiada lens macro, ia masih mampu meghasilkan gambar close-up yang menawan.

Kemampuan low light juga sangat menakjubkan dan merupakan kekuatan iPhone yang popular. Selain itu, artificial intelligence (AI) juga memainkan peranan penting untuk hasilkan kualiti gambar yang baik. 13 Pro dan Pro Max juga menawarkan kelebihan baharu seperti Photographic Styles dan Cinematic Mode yang membuatkan gambar dan video kelihatan profesional.

 

  1. Samsung Galaxy S22 Ultra

“Phone kamera serba boleh”

SPESIFIKASI

Berat: 228g

Dimensi: 163.3 x 77.9 x 8.9mm

OS: Android 12

Saiz skrin: 6.8-in

Resolusi: 1440 x 3088

CPU: Snapdragon 8 Gen 1 / Exynos 2200

RAM: 8GB / 12GB

Storan: 128GB/256GB/512GB/1TB

Bateri: 5,000mAh

Kamera belakang: 108MP (wide) + 10MP (periscope, 10x optical) + 10MP (telephoto, 3x optical) + 12MP (ultrawide, 120-degree)

Kamera hadapan: 40MP (wide)

Galaxy S22 Ultra adalah kesinambungan perintisnya iaitu Galaxy S21 Ultra. Ia menawarkan lens yang berbagai, termasuk 10MP lens telephoto: salah satunya adalah f/2.4 dengan 36-darjah field of view (FOV) dan lagi satu adalah f/4.9 dengan 11-darjah FOV. Terdapat juga 12MP ultrawide dengan 120-darjah FOV dan lagi satu mempunyai 108MP pada kamera utama (f/1.8) dengan 85-darjah FOV. Jumlah keseluruhan kamera belakang adalah empat unit.

Tidak lupa juga kamera hadapan yang beresolusi amat tinggi (super-high-res), iaitu 40MP wide. Disebabkan kamera yang berbagai inilah, Galaxy S22 Ultra digelar sebagai phone dengan kamera serba boleh. Dengan pilihan kamera yang berbagai, anda boleh tukar kepada mana-mana kamera yang anda mahukan dengan mudahnya mengikut situasi. Selain lens dan software, Samsung juga telah menambah baik optical image stabilization, digital image stabilization dan image processing. Anda akan perasan penambah baikan ini apabila anda zoom in. Satu lagi kelebihan yang tiada pada iPhone adalah S Pen Stylus. Ia amat membantu jika anda ingin edit gambar-gambar anda dengan lebih teliti.

 

  1. Google Pixel 6 Pro

“Phone kamera Google yang terbaik”

SPESIFIKASI

Berat: 210g

Dimensi: 163.9 x 75.9 x 8.9mm

OS: Android 12

Saiz skrin: 6.71-in

Resolusi: 1440 x 3120

CPU: Google Tensor

RAM: 12GB

Storan: 128GB/256GB/512GB

Bateri: 5,003mAh

Kamera belakang: 50MP (wide) + 48MP (telephoto, 4x optical) + 12MP (ultrawide, 114-degree)

Kamera hadapan: 11.1MP (ultrawide)

Google pernah menjadi sensasi apabila mereka mengeluarkan smartphone pertama mereka iaitu Google Pixel pada 2013. Walaupun ia adalah keluaran pertama mereka, ramai yang kagum dengan kebolehan kameranya. Kehebatan ini diteruskan pada model Pixel 6 Pro mereka. Kali ini, hardware dan software telah mendapat kenaikan taraf yang ketara berbanding model sebelumnya, Pixel 5.

Pixel 6 Pro mempunyai 50MP f/1.9 pada sensor utama dengan piksel 1.2µm. Ia mampu menghasilkan gambar yang menawan dengan perincian yang bagus dan warna yang seakan-akan sama dengan warna realiti. Ia mempunyai 12MP f/2.2 ultra-wide dengan 114-darjah field of view dan 48MP f/3.5 telephoto yang menawarkan 4x optical zoom.

Sejak dahulu lagi, Pixel terkenal dengan software yang cukup bijak. Yang terkini, Pixel 6 Pro menawarkan kelebihan Magic Eraser yang boleh memadam objek yang tidak diingini dalam gambar, secara automatik atau manual. Selain itu, ia mempunyai Motion mode untuk long exposure dan Real Tone untuk menghasilkan ton warna kulit yang lebih tepat, terutamanya orang yang berkulit gelap.

 

  1. Huawei P50 Pro

“Phone 4 kamera hebat tanpa apps Google”

SPESIFIKASI

Berat: 195g

Dimensi: 158.8 x 72.8 x 8.5mm

OS: HarmonyOS 2.0

Saiz skrin: 6.6-in

CPU: Snapdragon 888 4G

RAM: 8/12GB

Storan: 128/256/512GB

Bateri: 4,360mAh

Kamera belakang: 50MP (wide) + 13MP (ultrawide) + 40MP (monochrome) + 64MP (periscope, 3.5x optical)

Kamera hadapan: 13MP (wide)

Walaupun phone Huawei mempunyai kekurangan di samping kelebihan, ia tetap dikenali sebagai phone dengan kamera yang menakjubkan. Kehebatan kameranya diteruskan pada model P50 Pro. Kamera utama yang ada pada model ini sangat bagus, dengan 50MP wide bersama 40MP black-and-white untuk menghasilkan gambar yang menawan – tidak kira sama ada subjek dekat atau jauh, cahaya terang atau malap dan bergantung kepada AI atau tidak.

Resolusi video setinggi 4K 60fps, satu kombinasi yang kita jarang dengar ada pada smartphone dan anda boleh merakam video 4K menggunakan lens lain juga. Sebagai phone kamera, ciri ini amat berpatutan dan disukai jurugambar. Tetapi, sebagai phone kegunaan harian, anda akan sedikit kecewa dengan kekurangan apps kerana ia tidak menyokong Google Play Store. Jadi kita tidak boleh membandingkan sepenuhnya dengan Galaxy Ultra atau iPhone Pro kerana P50 Pro agak sukar untuk dijadikan kegunaan umum. Tetapi, jika anda hanya pentingkan fotografi, P50 Pro antara model yang anda perlu pertimbangkan.

 

  1. Oppo Find X5 Pro

“Phone kamera hebat dengan sedikit kelemahan”

SPESIFIKASI

Berat: 218g

Dimensi: 163.7 x 73.9 x 8.8mm

OS: Android 12

Saiz skrin: 6.7-in

Resolusi: 1440 x 3216

CPU: Snapdragon 8 Gen 1

RAM: 8/12GB

Storan: 256/512GB

Bateri: 5,000mAh

Kamera belakang: 50MP (wide) + 13MP (telephoto, 2x optical) + 50MP (ultrawide, 110-degree)

Kamera hadapan: 32MP (wide)

Kamera yang ada pada Oppo Find X5 Pro mempunyai kekuatan dan kelemahan, bergantung kepada lens yang anda gunakan. Kamera utamanya 50MP f/1.7 adalah sama bagus seperti 50MP f/2.2 ultra-wide miliknya. Kedua-duanya mampu menghasilkan gambar yang cerah, terperinci dengan warna yang menyerlah. Tetapi, apabila anda tukar kepada lens 13MP f/2.4 telephoto, kualiti 2x optical zoom tidak sebagus pesaing yang lain.

Namun, jika anda tidak berapa pentingkan telephoto zoom, model Find X5 Pro ini sangat sesuai untuk anda. Tambahan pula ia ditawarkan dengan MariSilicon X neural processing chip dan kolaborasi dengan jenama kamera profesional, Hasselblad.

Anda juga boleh merakam video dengan kestabilan tinggi pada 1080p atau pada 4K dan ia mampu menghasilkan gambar 32MP pada kamera hadapan. Keseluruhannya, model ini tidak berapa serba boleh, tetapi ia masih lagi mampu menghasilkan gambar dan video yang memuaskan hati. Jika Oppo ingin bersaing dengan Samsung dan Apple, ia masih perlu atasi kekurangan pada lens telephoto miliknya.

Kesimpulannya, kehebatan phone itu bergantung kepada citarasa dan keperluan pengguna. Walaupun iPhone 13 Pro dan Pro Max berada pada tangga teratas, tidak semestinya ia menepati citarasa dan keperluan semua orang. Oleh itu, anda sendiri yang berhak membuat penilaian yang tepat. Di samping itu, kami tidak memaksa untuk menggantikan smartphone anda yang sedia ada. Namun, jika anda berniat untuk menaik taraf, ini adalah cadangan yang anda patut pertimbangkan. Jangan risau jika anda tidak berpeluang untuk manggantikan smartphone yang sedia ada. Kamera yang ada pada phone anda sekarang sudah cukup baik jika anda tahu teknik yang betul dan potensi kamera anda. Malahan, ada pepatah mengatakan “kamera terbaik adalah kamera yang anda miliki sekarang”. Semoga bermanfaat.

Bagi anda yang ingin belajar teknik untuk hasilkan gambar yang menarik melalui smartphone, jom sertai kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama kami secara ONLINE sahaja. Hanya KLIK ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar.


Related Posts

Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Tips Mudah Ambil Gambar Cantik Pakai Smartphone
Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak makan, order. Nak masuk kelas, daftar sahaja online. Nak ambil gambar, gu...
Read More
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More

Filter
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022
5 Kamera Smartphone Terbaik Tahun 2022