3 Cara Jana Pendapatan Pasif Sepanjang PKP Ini Hanya Dengan Gunakan Smartphone

Yep.
Kita PKP lagi.

Ada yang kecewa, ada yang marah. 
Ada yang hilang pekerjaan, ada yang kena potong gaji, ada usahawan yang terkesan dengan jualan yang merundum malah ada yang terpaksa gulung tikar. 

Kami juga terkesan dan sangat faham dengan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan dari kita. Nak marah-marah dengan kepimpinan sedia ada pun, di hujung harinya kita sendiri yang perlu buat sesuatu untuk bantu diri kita dan orang sekeliling. Jadi ini kami ingin kongsikan 3 usaha yang boleh dilakukan untuk jana pendapatan secara pasif dengan gunakan smartphone yang ada di tangan.

1. JUAL GAMBAR ONLINE 

Nampak macam kelakar dan skeptikal. Jual gambar? Ada ke orang nak beli? 

Jawapannya ADA! Kalau nak tahu, SATU DUNIA boleh beli gambar kita. Apa tujuan mereka beli? 

- untuk tujuan pengiklanan 
- kempen syarikat 
- untuk guna dalam berita 
- artikel dan majalah dll 

Lagi best, jual beli semuanya dalam US Dollar. Memang masyuk lah senang cerita. Ada alumni kami gambarnya pernah terjual dengan nilai 19,500 USD !! Dalam RM80 Ribu duit kita. Gambarnya dah tak ada dan tak boleh nak tunjuk di sini sebab dah bertukar hak milik. Yang ada ialah bukti screenshot email urusan jual beli ini sahaja yang boleh kami paparkan. 

Kalau nak tahu, gambar-gambar yang ada dalam henfon kita tu semua boleh upload dan jual. Ini antara contoh gambar-gambar pelajar kami yang sudah pun terjual dan dah dapat pulangan dalam US Dollar. 


Itu gambar-gambar pelajar kami, sekarang kami nak tunjukkan pula beberapa gambar cikgu Syibli yang dah berjaya jual dan dapat ratusan US Dollar.. 

 
2. YOUTUBE

Untuk usahawan, kalau dah tak boleh berniaga, apa yang perlu di buat? 

Jawapannya tingkatkan usaha kita untuk naikkan visibility perniagaan kita secara online. Bahasa mudah, buat video untuk jenama kita lebih dikenali. Dah buat video, upload je di Youtube sebab video di Youtube ni relevan sepanjang masa. Walaupun dah 5,6 tahun video itu jika di cari tetap akan jumpa juga berbanding di Facebook. 

Tak reti shoot video? Belajar.
Tak reti edit video? Belajar. 

Sekarang ini bukan masanya untuk kita beralasan dan salahkan kerajaan semata-mata. Nak tunggu bantuan dari Kerajaan pun tak tahu entah bila. Jadi kita buat initiative sendiri dan belajar untuk tingkatkan ilmu kita. Tak rugi pun. Buat video secara consistent, lama-lama kita boleh dapat duit dari platform Youtube tu sendiri. Ada banyak cara nak dapat duit dari Youtube ni, salah satunya ialah melalui iklan. Nak baca lebih bagaimana nak jana pendapatan melalui Youtube, boleh baca di SINI.

Bukan untuk usahawan jer, orang biasa pun boleh juga buat duit dari Youtube. Guna smartphone tu jer, tak perlu susah payah beli camera dan peralatan mahal-mahal. Jangan membazir waktu-waktu begini. Kalau nak kami ajarkan, boleh klik jer gambar bawah ni. Kami ajar shoot guna henfon, edit pun guna henfon juga. Ini contoh video kami yang dirakam menggunakan smartphone dan mendapat hampir 200 ribu tontonan. 

Setelah hampir 8 bulan kami berkecimpung dan hasilkan video di Youtube secara serius, kini kami sudah mempunyai hampir 100K subscribers dan sudah mampu menjana RM 6K+ sebulan. Gambar dan video seperti di bawah.

 

3. AFFILIATE

Affiliate ni sama konsep macam dropship. Kita jual produk dan servis orang lain dan tidak mengeluarkan modal. Basically kita berniaga tanpa sebarang kos! Ada banyak je perniagaan besar-besar di luar sana yang ada buka pendaftaran untuk jadi dropship mereka.

Tips nak pilih produk untuk kita jual ni, better pilih sesuatu yang mempunyai kekadaran repeat order yang tinggi. Jadi kerja kita jadi lebih mudah sebab customer lama akan datang semula kat kita tanpa perlu kita berusaha lebih. Usaha lebih di sini bukan bermaksud tak perlu menjual langsung ya. Jangan silap faham pula. 

Seperti kami sendiri di Saiful Nang Academy, kami juga ada menyediakan sistem Affiliate untuk semua alumni dan kepada yang berminat untuk jana pendapatan sampingan. Tersangat mudah nak buat duit melalui sistem ini. Cuma perlu daftar di duta.snap.mykongsikan link dan terus dapat commission bila ada yang membeli. 

Tiada sebarang yuran dikenakan. Lagi best, kita juga boleh cari downline bawah kita dan kita juga boleh dapat commission sehingga 25% !
 

Ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk jana pendapatan pasif ni. Cumanya kita antara nak dengan tak nak. Rajin dengan tak rajin. Tapi bagi yang sangat memerlukan pendapatan pasif ini, boleh la cuba antara 3 yang kami cadangkan ini. Tak rugi dan tak perlu keluarkan modal pun. Semoga bermanfaat perkongsian kami pada kali ini! 


Related Posts

9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternative Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB sebelum ini.Facebook, Instagra...
Read More
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook dan Instagram
2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi...
Read More
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
10 Website Sedeqah Gambar Percuma Untuk Designer dan Peminat Foto Cantik
Designers untung banyak tak perlu keluarkan duit nak guna gambar cantik secara percuma. .Ada masa, kita TAK BANYAK MA...
Read More

Filter
3 Cara Jana Pendapatan Pasif Sepanjang PKP Ini Hanya Dengan Gunakan Smartphone - Saiful Nang Academy
3 Cara Jana Pendapatan Pasif Sepanjang PKP Ini Hanya Dengan Gunakan Smartphone - Saiful Nang Academy