3 perkara wajib usahawan online mahir untuk jadikan iklan kita murah

Semua ini antara yang kami sendiri apply dah alami, kami kongsikan disini untuk menjadi panduan kepada para usahawan online yang sedang struggle untuk membangunkan perniagaan masa sekarang. Semoga bermanfaat.
.
Paling penting kita terus mencari ilmu dan amalkan, InsyaAllah boleh nampak progress dan perkembangan dalam perniagaan kita. Tak boleh expect hari ini belajar esok terus mahir. Slowly but surely gitu.
.
1) Copywriting iklan tak macam iklan.
 
Kita bila nampak iklan dalam Facebook mesti terus scroll laju-laju tak nak baca, sama jugak dengan orang lain. Kalau nampak iklan je mesti tak nak tengok. Lagi lagi dengan CAPSLOCK satu perenggan dan TANDA SERU yang berbari-baris. Apa yang kita boleh buat untuk menjadikan penulisan kita di baca dibaca adalah dengan membuat penulisan gaya penceritaan santai, perkongsian pengalaman dan ulasan isu semasa.
.
Kalau penulisan kita best, panjang berjela pun orang akan baca jugak. Dan dalam tu boleh selitkan sekali iklan kita. Tak perlu sebut details pun takpe, letak link, dan orang akan klik jika berminat.
.
2) Gambar yang menarik perhation pembaca
Gambar merupakan salah satu big stopper yang mampu menarik perhatian followers kita. Orang akan berhenti scroll bila nampak gambar yang cantik dan mula membaca apa yang kita tulis. Tak banyak pun takpe, yang penting eye catching dan sekali gus miningkatkan engangement dan organic reach posting kita.
.
Gambar yang cantik tak semestinya perlu menggunakan kamera besar, pakai fon yang ada di tangan kita pun boleh jika tahu tekniknya.
.
3) Skil Videografi
Selain foto, video juga membantu dalam menjadikan iklan kita murah. Telah terbukti dengan pengalaman kami mengendalikan business sebelum ini, iklan yang menggunakan video jauh lebih murah berbanding foto atau poster biasa.
.
Banyak platform media sosial yang menggunakan video sebagai medium mereka, seperti Instagram dan TikTok. Sebagai usahawan kita lebih kenal siapa target market kita dan demografik mereka. Jika ramai target market kita di Instagram, kita perlu gunakan lebih platform Instagram dan begitu juga untuk Facebook.
.
Sebarkan kepada rakan usahawan yang perlu tahu ilmu ini. Semoga bermanfaat! Buat usahawan yang nak belajar cara buat FB Ads dan IG ADS  dari basic, tekan button di bawah untuk info lanjut.

Saya nak belajar cara buat iklan dengan kos rendah



Filter
3 perkara wajib usahawan online mahir untuk jadikan iklan kita murah - Saiful Nang Academy
3 perkara wajib usahawan online mahir untuk jadikan iklan kita murah - Saiful Nang Academy