Saya jual barang bayi dan kanak-kanak, siapa perlu sy target untuk iklan?
Bayi dan kanak-kanak dah tentu tak main Facebook, tak main Instagram. Tapi mak-mak nya aktif di Facebook dan juga Instagram; jadi merekalah yang patut kita target kan dalam copywriting dan iklan kita. Dalam copywriting, kita mention gelaran mereka ‘mommies/ibu/ummi’ dengan gaya bahasa yang santai supaya bila dibaca, mereka akan terasa lebih dekat di hati.
Content pula boleh cari yang sesuai untuk ibu-ibu, contohnya tips penjagaan bayi eczema, tips pemakanan bayi yang sihat, tips nak tambah susu, tips nak handle anak yang tantrum, dan boleh juga buat tips penjagaan mental ibu-ibu. Jika ada isu viral dan sesuai untuk kita tulis, boleh juga dibuat sebagai content. Banyak sebenarnya content yang boleh dibuat dan jangan hanya berkisarkan produk yang kita jual sahaja. Pembaca akan bosan.
Sebagai peniaga, kita perlu beri value kepada mereka kenapa mereka perlu follow Facebook dan Instagram kita. Apabila kita selalu buat content begini, secara tak langsung followers kita akan bertambah dan kita juga boleh mengurangkan kos pengiklanan kita. Jelas?
Semasa nak buat iklan pula, kita boleh letak target begini
- 25 - 35 tahun
- Perempuan
- Malaysia
- Audience: Parents with kids / parents with toddlers / New parents / Parents with early school age children
- Interest: Baby powder, Baby clothes, Baby food, Baby bottle, Baby shower, Baby shop
Sabar, saya terangkan satu persatu di sini. Kenapa umur kita letak antara 25 hingga 35 tahun? Kerana average umur begini yang ramai ibu-ibu muda yang ada anak Kecil.
Kita target perempuan pula sebab ibu-ibu lagi banyak shopping dan lebih teliti untuk barang anak-anaknya. Locality pula kita letak Malaysia kerana kita hanya pos dalam Malaysia sahaja.
Jangan tak tahu dalam ads manager juga kita boleh specific kan targetting kita kepada ibu bapa yang ada anak kecil dan ibu bapa baru. Kita juga boleh letakkan interest mereka (seperti yang disenaraikan di atas). Maksudnya, iklan kita hanya akan appear di Facebook target market kita sahaja. Tak ada lah iklan kita bersepah-sepah di Facebook semua orang yang bukan target market kita. Secara tak langsung, ini juga boleh mengurangkan kos pengiklanan kita di Facebook. Ingat ya, setiap click itu duit. Lagi banyak orang click, lagi laju duit kita keluar
Ini lah yang kami nak ajarkan lebih mendalam mengenai Facebook dan Instagram ads minggu ni. Kami ajar taktikal dan teknikal nak bina iklan di sosial media. Bukan untuk yang berniaga barangan bayi dan kanak-kanak sahaja, tapi untuk semua peniaga online. Belajar sekali, tapi boleh diamalkan sampai bila-bila.