4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee

Sekarang ni rata-rata peniaga online ramai yang sudah memasuki pasaran di Shopee. Memang betul Shopee merupakan market place yang besar dan mempunyai target market yang sangat luas. Kita sendiri sebagai pengguna pun, nak cari barang je mesti buka Shopee, macam-macam Produk ada dan dari pelbagai range harga. Lebih banyak pilihan buat pembeli untuk memilih.
.
Tapi, sebagai seller bagaimana kita nak stand out daripada ribuan seller dan produk yang lain? Jika kita search handbag, atau pun handphone aksesori, berlambak-lambak seller jual produk yang sama. Malah, ada yang jual jauh lebih murah. Di sini, kami nak kongsikan 4 tips bagaimana nak meningkatkan jualan dan visibility di Shopee. Baca sampai habis, selalu Nombor 4 seller kita tak pandai nak buat.

1) REBATE PROGRAM 

Ada yang tahu mengenai rebate program Pos Laju dari Shopee ni? 

Mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu. Rebate program ni sesuai juga untuk dropship jika tahu cara nak guna dengan betul.

Bila akaun kita dah di aktifkan, bila prospek scroll dan nampak logo free shipping di gambar produk kita, benda ni boleh menarik minat mereka untuk membeli dengan kita. Siapa tak suka free shipping kan, semua orang suka.  

Bila kita nak pos barang, kita tak dikenakan apa-apa charge. Shopee sendiri yang bagi rebate dan kita cuma perlu print sahaja borang yang diberikan oleh Shopee bila nak pos barang nanti.

2) BOOST NOW

Dalam Shopee, ada fungsi Boost Now dan butang ni boleh digunakan jika kita mahu Shopee up kan produk kita pada masa-masa tertentu.

Butang Boost Now ni hanya boleh digunakan selama 4 jam sahaja. Dah habis 4 jam, kena click start semula, begitulah caranya. macam renyah sikit, tap benda free kan, kenapa taknak manfaatkan. Betul tak? Kalau nak yang berbayar boleh guna Shopee Ads (konsep sama macam Facebook Ads juga. Lagi banyak kita spend duit, lagi tinggi visibility kita).

Bila kita nak Boost Now ni, elok lah pilih killer produk yang kita ada. Dari killer produk ini, prospek akan tertarik untuk masuk kedai kita dan 'jalan-jalan'. Dari nak beli 1 item. terus ter-check out 3,4 item sekali gus. Siapa selalu macam tu? 🙋‍♀️


3) IMAGE BORDER
Gambar kita kena ada border ke? Kalau tak ada tak boleh ke? 

Boleh jer, tapi gambar yang ada border akan nampak lebih KEMAS dan TERSUSUN. Bila nampak kemas, minda prospek yang nak membeli akan lebih tenang nak membeli.

Cuba kita buka website Shopee dan tengok berapa banyak gambar yang tak ada border, dan cuba tengok cara susunan produk dalam gambar nya. Kebanyakannya kelihatan caca marba, dan gambar tidak inviting. Ambil gambar produk pun ala kadar sahaja.

Cuba pula kita tengok gambar-gambar yang ada border, susunan produk nya kelihatan lebih kemas dan nampak lebih dipercayai. Antara kedua-dua gambar, of course kita akan pilih untuk membeli dengan trusted seller.

4) GAMBAR PRODUK YANG MENARIK
Bila dah berniaga online ni, senjata paling utama ialah gambar dan video. Kedua-dua ini harus berjaya menarik perhatian prospek. Sebab tu lah datangnya pepatah dari mata turun ke hati. 

Bila dah dok teringat-ingat, kita akan beli juga barang tu kalau taknak menyesal dan termimpi-termimpi.

Kena ingat, bila kita berniaga di platform digital ni, kita akan compete dengan ribuan peniaga lain yang juga menjual produk yang lebih kurang sama dengan kita. Bagaimana kita nak make sure produk kita akan lebih stand out dan berjaya overshadow produk orang lain?

i. Gambar
ii. Gambar
iii. Gambar

Kita akan lebih tertarik kepada sesuatu yang cantik dan lebih menonjol. Gambar boring, memang kami pasti 100% prospek tak akan click pun gambar produk kita.
Nak naikkan sales berkali ganda dan gambar produk kita lebih power dari gambar produk seller lain, boleh belajar dengan kami secara online. 

 

 



Filter
4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee - Saiful Nang Academy
4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee - Saiful Nang Academy