Cara mudah buat poster dengan smartphone

Apa je yang smartphone kita tak boleh buat, ambil gambar boleh, buat video boleh, nak buat poster dan thumbnail untuk video kita pun boleh. Tinggal kita belajar upskill sikit je.
.
Baca sampai habisr kalau nak tahu apakan step-step mudah nak buat poster gunakan smartphone tak kira iphone ke Samsung ke atau jenama lain pun.
.
.
1) Pilih Gambar atau background
.
Asas untuk satu poster adalah gambar atau background yang akan digunakan. Kalau cantik gambarnya, akan lebih menarik perhatian orang untuk melihat poster kita.
.
Biasanya kalau kita gunakan gambar, pastikan ada "breathing space" untuk memastikan ada ruang untuk kita letakkan tulisan dan tidak bertindih dengan gambar kita.
.
Kalau tidak perlukan kepada gambar, kita boleh juga pilih background yang ada dalam apps. Yang plain mahupun pattern.
.
.
2) Pilih font yang sesuai dengan formality poster kita.
.
Setiap poster adalah berbeza dan lain target market. Terdapat banyak jenis fonts yang boleh kita gunakan, dan berbeza formality.
.
Contohnya kalau nak buat poster untuk hebahan program masjid kita kena guna font yang mudah dibaca dan bukan tulisan berangkai. Sama juga kalau poster kita adalah untuk kegunaan kita di Instagram dan santai-santai je, boleh kita gunakan font yang lebih dekat dengan target market kita supaya tak nampak bosan.
.
.
3) Warna
.
Pemilihan warna sangat mainkan peranan dalam bina poster. Kalau silap warna, tak nampak beza background dengan tulisan.
.
Biasanya kita akan pilih warna yang contrast atau letakkan background pada tulisan kita untuk menarik mata pembaca pada tulisan kita. Rugi kalau ada mesej yang bagus tapi tak dapat disampaikan sebab kita salah pilih warna tulisan je.
.
.
4) Susunan tulisan
.
Sebelum buat poster, pastikan kita tahu points yang akan dimasukan dalam poster kita. Penysunan tulisan pengikut priority sangat dititik beratkan sebab kalau kita salah highlight point yang penting, pemabaca kita tak dapat apa yang kita cuba sampaikan.
.
Susun tulisan atau mesej kita pada kedudukan yang mudah dibaca dan jangan terlalu padat. Kalau poster kita terlalu padat dan panjang. Pastikan tulis dalam point form dan yang penting Keep It Short And Simple.
.
.
Bonus Tips: Gunakan Apps Adobe Spark Post
.
Cikgu-cikgu rekomen gunakan apps ini sangat user friendly walaupun kita baru je gunakan dan mudah untuk kita faham. Templete pun banyak untuk kita jadikan rujukan.
.
Dah tahu teori tapi bab praktikal masih perlukan bimbingan dan panduan, jom sertai kelas poster mudah smartphone.

Nak belajar cara buat poster guna smartphone


Related Posts

Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone
Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone
Tak semestinya kena guna henfon cap buah baru gambar boleh jadi cantik hingga dapat sales berganda, tapi sebenarnya o...
Read More
5 Tips Shooting Gambar Produk Dengan Limited Budget
5 Tips Shooting Gambar Produk Dengan Limited Budget
Sejak PKP ni penambahan usahawan online ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi yang terkesan mereka cuba cari jal...
Read More
5 Sebab Utama Usahawan, Agent & Dropship Wajib Tahu Buat Poster Sendiri
5 Sebab Utama Usahawan, Agent & Dropship Wajib Tahu Buat Poster Sendiri
Tak perlu risau nak keluar belanja besar untk designer sebab kita boleh buat poster dengan smartphone jer. . Inilah m...
Read More