5 Kelebihan Whatsapp Business Yang Ramai Tak Tahu

 

Buat bisnes dah lama, tapi masih ada masalah nak atur kerja, kadang tu sales hilang melayang macam tu je sebab tertinggal nak follow up semula customer.
Sebenarnya, teknologi sekarang dah betul - betul memudahkan kita, hanya install sahaja apps Whatsapp Business, kerja kita mudah untuk disusun. Betul, ramai yang dah tahu kewujudan Whatsapp Business ni, tapi ramai juga yang tak tahu macamana nak guna.

Di sini kita kongsikan 5 Kelebihan Whatsapp Business Yang Ramai Tak Tahu.

1. Business Profile


Dengan adanya Business Profile ini, ia memudahkan customer kita untuk tahu lebih lanjut tentang business kita seperti lokasi kedai/ pejabat, website. Boleh dikatakan ianya boleh jadi name card digital kita.

Jadinya tak perlu susah - susah dah lepas ni kita nak beritahu lokasi kedai kita pada customer, mereka boleh tekan je map yg ada tu untuk pergi.

2. Catalogue

Dengan adanya Catalogue ini, ianya sangat - sangat memudahkan kita untuk tunjukkan produk yg kita jual dan memudahkan juga customer kita untuk browse produk yang kita ada lengkap dengan harga sekali.

3. Labels


. Dengan adanya feature Label ni, ia membantu kita untuk asingkan inquiry yang masuk, contohnya senarai yang perlu kita follow up, senarai yang nak bayar dan lain - lain.

4. Quick Reply

Ini yang paling admin gemar, sebab bila ada soalan yang seringkali di tanya, tak perlu lagi kita nak taip satu - satu. Hanya set kan ayat pada bahagian quic reply, kemudian bila nak guna nanti letakkan sahaja tanda "/"..Tak ada lah lagi lepas ni yang begkak - bengkak jari sebab asyik kena type ayat yang sama.

5. Away Message

Kadang - kadang ada masa kita ada urusan lain macam meeting ke, ada urusan kecemasan ke, jadinya kita tak dapat nak fokus pada untuk attend inquiries. Tapi dalam pada masa yang sama, kita juga tak mahu customer lari sebab kita tak jawab apa yang ditanya terlalu lama. Jadi boleh gunakan away message ni.

Banyak lagi kelebihan penggunaan Whatsapp Business dalam menguruskan perniagaan. 

Jom join kelas Whatsapp Lock


Related Posts

Strategi Pemasaran Yang Membolehkan Sales Lebih RM100K Dalam Masa Tak Sampai 1 jam
Strategi Pemasaran Yang Membolehkan Sales Lebih RM100K Dalam Masa Tak Sampai 1 jam
Khairul Aming dan fenomena Sambal Nyet Berapi. Macam mana 10,000 units, sold dalam masa 54 minit? Sebagai pengguna...
Read More
Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB
Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB
Begitulah yang terjadi kepada salah seorang student kami, Encik Ritzuwan Syde atau lebih dikenali sebagai Ritz The Ba...
Read More
Evolusi Cara Pelajar ke Sekolah / Institusi Pengajian
Evolusi Cara Pelajar ke Sekolah / Institusi Pengajian
Selamat datang 2021! Terima kasih 2020! Semakin lama, semakin mudah untuk semua ke 'sekolah' untuk belajar. Tahun 202...
Read More