Rahsia Disebalik Mengapa Peniaga Perlu Buat Video Content Marketing

Beberapa tahun lepas yang paling perlu diberi perhatian dalam pemasaran ialah copywriting, tapi kini copywriting dah jatuh nombor 3. Gambar dan video dah jadi perkara paling utama dalam marketing pada masa ini. Kami sendiri sebagai usahawan dalam pelbagai bidang juga menghadapi transition ini dengan hati yang terbuka. Dalam marketing, tak ada yang betul dan salah. Cara A tak jalan, kita cuba cara B. Cara B tak jalan, kita cuba cara C.

Kami sendiri sebagai usahawan, ini rahsia (dah tak lagi rahsia) mengapa kami sering membuat video content marketing bagi perniagaan-perniagaan kami:

1. VIDEO CONTENT CREATE TRUST

Betul, pelanggan dan bakal pelanggan akan ada kepercayaan yang lebih kepada perniagaan yang sering keluarkan video-video content di page mereka. Kita tahu siapa di belakang produk dan jenama itu, beri kefahaman lebih mengenai produk/servis yang dijual. Bila kita feed mereka hari-hari dengan video kita, lambat laun pasti ada yang akan ‘terpengaruh’. Dalam perniagaan masa kini, transparency is everything. Kita akan lebih percaya nak beli barang dari peniaga yang sering buat live/video daripada peniaga-peniaga lain yg jual produk yg sama. 

Kami nak anda fikir, kenapa McDonalds dan KFC masih buat video iklan sedangkan jenama dan produk mereka sudah pun dikenali di seluruh negara? cuba fikir-fikirkan.

2. MENAIKKAN VISIBILITY DI CARIAN GOOGLE

Lagi banyak video yang kita buat, lagi tinggi lah orang jumpa brand dan produk kita. A good quality video akan beri benefit kat page kita dari segi: 

i) click-through rates
ii) orang akan lepak lebih lama di page kita 
iii) menaikkan search ranking di Google 

Bila ranking kita dah naik, lebih ramai user akan share, comment dan like video kita dan secara tak langsung boleh convert kepada sales

3. VIDEO CONTENT MARKETING MEMPUNYAI TINGGI ROI

Nak hire profesional, mahal pula harganya. Jadi kita buat sendiri je. Rakam sendiri dan edit sendiri. Tak pun boleh minta staff/ahli keluarga bantu rakam pun boleh. Video content ni luas sebenarnya; dari behind the scenes, unboxing, product demonstration, tutorial dan sebagainya

Video content begini boleh membantu bisnes kita dari segi sales, menaikkan traffic ke website/page, atau educate customer kita. Ingat ya, customer yang tahu mengenai product kita lebih senang nak convert jadi sales, dari customer yang tak tahu tentang kita.

4. VIDEO CONTENT MAMPU TARIK PERHATIAN MOBILE USER

Siapa jer yang tiada Facebook dan tak layan Youtube sekarang ni? Even mak ayah kita yang dah tua tu pun layan Facebook. TV pula orang muda dah jarang orang tengok sejak ada Netflix ni.

Jangan tak tahu, sekarang ni 50% online video dilihat melalui smartphone dan tablet. Dan sekarang ni covid pula dan semua orang stuck di rumah - everything go online. 62% yang ada mobile device buat online purchase for the last 6 months. Maksudnya apa? Demand dan purchasing power ada. Jangan berhenti marketing dan buat video content.

5. SHARING IS CARING

78% online users suka share content untuk stay connected dengan followers and friends di social media - dan video content ialah salah satunya.

Tak kisah lah content nya kelakar ke, emosional ke, dramatik ke, kena ingat; sentiasa ada yang suka dan shares. This is what matters the most. Lagi ramai orang share content kita, lagi tinggi organic reach yang boleh kita dapat. 

Organic reach tinggi = free marketing = reduce ads cost 

Begitulah matematiknya.

 

Jika ada yang nak belajar cara buat video macam kami, boleh rujuk info di sini.  

Video dah okay, dah gempak dan mendapat organic reach yang tinggi kami akan ads kan dengan kos yang sesuai. Nak ads pula tak boleh membuta tuli je tabur duit, membazir. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum kita iklan kan video-video kita.

Boleh jimat banyak sebenarnya kalau buat ads di Facebook tapi kita tahu apa dan berapa yang perlu kita spend tanpa sedekah duit kat mak zubek saja-saja. Kami suka nak kongsikan tips, taktikal dan teknikal bila nak buat iklan di Facebook dan Instagram untuk semua peniaga, supaya kita boleh sama-sama maju. Boleh baca di sini lah ya: info Facebook ads

 

 


Related Posts

6 Apps Pilihan Boleh Bantu Ibubapa Lancarkan PdPR Anak
6 Apps Pilihan Boleh Bantu Ibubapa Lancarkan PdPR Anak
Sepanjang PdPR berlangsung, banyak perkongsian dibuat oleh ibubapa tentang ragam dan keletah anak-anak mereka menjala...
Read More
Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone Untuk Usahawan Online
Tips Ambil Gambar Produk Dengan Smartphone Untuk Usahawan Online
Ramai mereka yang business sendiri terpaksa menukar perniagaan secara online dan menjual dari rumah masing-masing. Na...
Read More
5 Perkara Peniaga Wajib Buat Untuk Kekalkan Bisnes Sewaktu PKP
5 Perkara Peniaga Wajib Buat Untuk Kekalkan Bisnes Sewaktu PKP
PKP dah 2 kali. Covid pula tak nampak bayang akan hilang dalam masa setahun dua ni. Banyak dah bisnes keliling kita y...
Read More