5 Kesilapan Bila Peniaga Makanan Online Ambil Gambar Makanan

Baking sedap dah, masak pun sedap dah tapi bila ambil gambar, OUT. FAILED! Sales pun sendu dan kita pun dok runsing kat mana la silap kita. Bila tanya keluarga dan kawan-kawan semua kata makanan kita sedap.

Tapi tu lah yang ramai peniaga online tak sedar, sebenarnya gambar makanan kita sangat memainkan peranan penting bila kita nak promote produk kita. Gambar suram, tak menarik dan tak appealing untuk orang beli.

Gambar makanan sepatutnya boleh buatkan orang yang tengok tu rasa lapar, dan menggiurkan sampai dah terasa-rasa makanan tu kat anak tekak. Gambar macam tu lah baru boleh buatkan orang nak beli makanan yang kita jual. Jadi, kat sini kami nak kongsikan tips dan kesilapan-kesilapan yang sering peniaga makanan online buat bila ambil gambar. 

1. OVERSTYLING

Tahu tak overstyling tu apa? Maksudnya kita hias kan scene food photography kita secara melebih-lebih sampai buruk dan tak cantik. Nak letak sudu lah, nak letak cream meleleh-leleh la, nak letak napkin lah. Last2 gambar jadi caca merba. Apa yang nak ditonjolkan dalam gambar pun orang jadi tak tahu.

Sentiasa ingat, less is more.

Gambar yang terbaik ialah gambar yang nampak natural dan true to life.

2. OVERCOOKING

Perlu tahu, ada sesetengah makanan yang nampak tak menarik bila overcooked. Warna makanan berubah, texture hilang dan tak nampak appetizing. Walaupun rasanya sedap in real life, tak bermakna ianya akan nampak sedap dalam gambar.

Jika perlu undercook, boleh buat undercook for photography purposes. Dah settle ambil gambar utk marketing material kita, masak lah semula.

Orang kata nak pikat hati suami melalui perut,
Kita peniaga online ni nak pikat hati pelanggan melalui gambar.

3. PENCAHAYAAN YANG TERUK

Apa-apa jenis gambar, lighting atau pencahayaan memainkan peranan yang sangat besar. Dari lighting ini sahaja boleh menjadikan gambar kita Menarik atau pun tak. Orang putih kata, your lighting will MAKE or BREAK your photographs.

Kita ada 2 jenis lighting; natural lighting dan artificial lighting. Natural lighting ni guna cahaya matahari (contohnya kita boleh shoot Tepi tingkap) dan artificial lighting ni pula lampu yang kita sediakan. Contohnya guna lampur tidur atau lampu meja study anak.

4. TAK GUNA FRESH INGREDIENT

Paling pantang bila ambil gambar makanan dan props yang digunakan tidak segar. Automatik gambar akan jadi selekeh dan tak nampak sedap. Seeloknya gunalah salad yang segar, bawang yang cantik dan bentuk yang perfect, seafood yang fresh. Mana bahan yang dah lebam tu tak perlu lah guna. Ingat, cara kita potray gambar mencerminkan makanan kita. Jika props yang digunakan pun nampak layu, pelanggan akan assume yang kita tak gunakan bahan yang segar dalam makanan kita.

5. GUNA SALAH PROPS

Kita jual blueberry cheesecake contohnya, jangan lah pula props nya kita pi letak coklat, roti, dan dedaunan. Props yang terbaik ialah kita gunakan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan makanan tersebut. Baru lah nampak correlation nya di situ.

 

Belajar dengan kami lah jom macam mana nak hasilkan gambar makanan yang MENGGIURKAN. Shoot guna henfon je tak perlu guna camera mahal-mahal. Lighting pun guna cahaya matahari dari tepi tingkap je. Nanti dalam kelas online kami nak ajar: 

1. Penggunaan props yang sesuai
2. Background yang terbaik
3. Composition 
4. Lighting 
5. Angle 
6. Editing mudah menggunakan henfon

 

Berminat nak belajar ambil gambar makanan, boleh klik di sini

Nak belajar buat video makanan pula boleh klik di sini


Related Posts

5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat
Nak buat orang tertarik beli produk kita, selain dari kegunaan produk tu sendiri ialah visual produk. Tapi sekarang n...
Read More
4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee
4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee
Sekarang ni rata-rata peniaga online ramai yang sudah memasuki pasaran di Shopee. Memang betul Shopee merupakan marke...
Read More
Cara mudah buat poster dengan smartphone
Cara mudah buat poster dengan smartphone
Apa je yang smartphone kita tak boleh buat, ambil gambar boleh, buat video boleh, nak buat poster dan thumbnail untuk...
Read More