Fungsi Iklan Halimunan Dalam Ads Manager Yang Ramai Peniaga Tak Tahu

Apa itu Iklan halimunan?

Iklan dekat Facebook bukan saja kita boleh gunakan dari posting yang tinggi engagement dan reach tapi kta boleh jugak buat iklan halimunan. Bukanlah namanya halimunan atau invisible, tapi iklan ini kita buat bukan menggunakan posting di Facebook Pages atau Instagram kita.

Kita customize sendiri iklan ini pergi kepada target market kita tanpa perlu post di Facebook atau Instagram kita. Tak ada orang lain nampak iklan kita melainkan target market kita je! Sebab tu kita panggil dia halimunan. Apa beza iklan halimunan dengan iklan yang biasa kita buat?

1. Tak Perlu Tunggu Reach / Engagement Tinggi

Iklan yang biasa kita buat adalah umpama minyak yang menolak posting kita yang dah mendapat engagement dan organic reach yang tinggi. Dan kalau ada sales pun dari posting tu lebih baik.
Tapi, iklan halimunan ini kita boleh buat tanpa perlu post di Pages kita atau tunggu reach posting tu. Kita boleh terus set up di Ads Manager dan gunakan copywriting yang sesuai untuk target market kita. Terus sampai kepada mereka.

2. Banyak Iklan Untuk Target 

Kita boleh buat banyak iklan dalam masa yang sama. Target yang berbeza, iklan yang berbeza.Iklan kita buat lebih berfokus dan customize mengikut interest target market kita sebab kita boleh customize setiap iklan untuk siapa dan gunakan copywriting yang berbeza. Tak semua iklan sesuai untuk semua target market.

3. Competitors Tak Nampak Iklan Kita

 Competitors tak nampak iklan kita . Bila kita buat iklan ni umpama guerilla, sebab competitor pun tak nampak iklan kita. Lebih mudah untuk kita plan strategi baru dan mencuba pelbagai angle bila kita buat iklan halimunan ni. Tahu-tahu je sales masuk walaupun tak ada posting di Facebook Pages.

4. Terus Kepada Target Market Kita

Targeting terus kepada target market kita Tak semua follower di Facebook Pages kita adalah target market yang sesuai untuk certain produk, iklan halimunan ini sangat berkesan sebab kita boleh tuju terus kepada mereka yang kita nak je.
Contohnya kalau kita menawarkan pakej percutian hujung tahun boleh buat iklan yang target khusus untuk cikgu-cikgu dan juga parents yang ada anak-anak sekolah. Gunakan copywriting dan gambar-gambar percutian yang ada keluarga untuk iklan tu. Jangan risau, iklan tu hanya mereka yang kita target je boleh nampak .

5. Feed Kita Tak Penuh Dengan Iklan 


Kalau semua iklan kita nak post di Pages kita, nanti terlalu banyak dengan iklan orang yang tengok dan boleh hilang minat. Untuk posting di Facebook Pages, boleh untuk kita post iklan tapi sebaiknya content yang berkaitan dengan produk kita sebagai nilai tambah atau input baru untuk followers kita.

 

Yang penting bajet tak perlu besar. Mulakan dengan bajet yang rendah dan pastikan pantau ROI. Gunakan gambar-gambar yang menangkap mata target market kita atau stopper yang cantik.

Kami akan kongsikan banyak lagi ilmu yang boleh meningkatkan lagi jualan di kelas Facebook Ads dan Instagram Ads.

Related Posts

Evolusi Cara Pelajar ke Sekolah / Institusi Pengajian
Evolusi Cara Pelajar ke Sekolah / Institusi Pengajian
Selamat datang 2021! Terima kasih 2020! Semakin lama, semakin mudah untuk semua ke 'sekolah' untuk belajar. Tahun 202...
Read More
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat
Nak buat orang tertarik beli produk kita, selain dari kegunaan produk tu sendiri ialah visual produk. Tapi sekarang n...
Read More
4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee
4 Cara Peniaga Online Boleh Menaikkan Jualan Di Shopee
Sekarang ni rata-rata peniaga online ramai yang sudah memasuki pasaran di Shopee. Memang betul Shopee merupakan marke...
Read More