5 Tips Shooting Gambar Produk Dengan Limited Budget

Sejak PKP ni penambahan usahawan online ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi yang terkesan mereka cuba cari jalan keluar dengn berniaga. Nak berniaga tak salah, memang digalakkan tapi kalau boleh biarlan berniaga dengan ilmu. Ramai yang berniaga bermacam-macam produk, tapi tak ramai yang ada gambar produk cantik-cantik untuk marketing. Mereka sama ada harapkan marketing material dari HQ atau cuma ambil gambar produk sendiri ala kadar - janji ada untuk up di sosial media.

Jangan macam tu, nak berniaga kena ada semangat yang tinggi. Tak cukup budget tak apa, kita cari jalan lain. Tak reti pun tak apa, boleh belajar. Nak belajar dari Google atau Youtube boleh, atau nak cari kelas pun boleh. Kami boleh bantu kongsikan ilmu dari pengalaman kami berniaga berbelas tahun dan dari pelbagai bidang, dan di sini kami juga nak kongsikan juga tips-tips mudah yang boleh usahawan-usahawan di luar sana gunakan.

1. DIY SHOOTING TABLE


Boleh guna kerusi kat rumah kita jer.. Lepas tu beli kertas mahjong colour putih dan letakkan di atas kerusi dari tempat penyandar tu sampai ke bawah. Settle dah siap 1 shooting table. Mudah dan murah, kan?

2. GUNA LAMPU STUDY


Tak ada lampu study? Guna lampu tidur.
Tak ada lampu tidur? Guna tingkap rumah.

Tempatkan saja shooting table kita di tepi tingkap. Senang jer kan.. tak perlu pening kepala.

Dalam scene photography, kita ada 2 jenis lighting iaitu natural lighting dan artifical lighting. Dua-dua jenis lighting bagus tapi perlu mengikut keadaan dan situasi kita juga.

3.TRIPOD DIY



Tak cukup duit nak beli tripod pun tiada masalah. Kita buat sahaja tripod sendiri.

1) sama ada gunakan buku sebagai penyadar henfon kita
2) boleh gunakan cawan kertas
3) boleh juga gunakan ‘ketiakpod’ - nanti dalam kelas cikgu explain apa itu ‘ketiakpod’

4. GUNA SMARTPHONE


Sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada smartphone. Camera smartphone pun dah canggih-canggih dan banyak fungsi dalam tu yang kita boleh guna. Gunakan apa yg ada di tangan kita sahaja, tak perlu bazir duit beli camera jika kita masih belum mampu dan perniagaan kita masih belum stabil.

Walaupun ada smartphone, belum tentu kita tahu cara nak ambil gambar produk dengan betul. Nak belajar ambil gambar produk cantik-cantik boleh klik sini.

5. FREE EDITING APPS


Dah ambil gambar, kena touch up sikit. Naikkan warnanya, mana yang gelap tu boleh diterangkan. Noise yang ada boleh dihilangkan. Banyak apps percuma yang ada dan boleh kita download, cuma kita nak dengan taknak belajar jer..

 

Kami nak nak bantu semua usahawan dengan berkongsi ilmu cara-cara nak shoot gambar produk dengan mudah dan murah. Tak perlu beli props mahal-mahal pun, boleh guna apa yang ada sahaja. Yuran pun tak mahal pun cuma rm50 jer untuk pembelajaran selama 3 jam dan after class Q&A session dengan cikgu selama 6 bulan.

Klik disini untuk join kelas Product Photography Smartphone



Filter
5 Tips Shooting Gambar Produk Dengan Limited Budget - Saiful Nang Academy
5 Tips Shooting Gambar Produk Dengan Limited Budget - Saiful Nang Academy