Selamat datang 2021! Terima kasih 2020!
Semakin lama, semakin mudah untuk semua ke 'sekolah' untuk belajar.
Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar dan pandemik Covid-19 mengajar kita pelbagai perkara baru bagi semua. Mari imbas bagaimana ianya memberi kesan kepada cara kita ke sekolah sekarang berbanding zaman-zaman 1970-an dahulu.
Sekarang dah memang tak macam zaman dulu-dulu. Setiap dari kita mesti ada melalui salah satu dari zaman ini. Kita, generasi yang mana satu?
Anak-anak tahun 1970-an ke sekolah
Yang lahir sekitar tahun ini, mungkin masih ramai yang sekadar berjalan kali ke sekolah. Pada waktu itu, berjalan seorang diri dari dalam kampung ke sekolah pada jarak beberapa kilometer pun masih selamat dan tidak rasa terbeban. Mungkin sudah jadi kebiasaan dan tak rasa ganjil pun.
Anak-anak tahun 1980-an ke sekolah
Semakin ramai yang mula mampu memiliki basikal untuk ke sekolah. Sama ada dibelikan oleh ibubapa/ahli keluarga atau mengumpul sendiri dari simpanan. Basikal Raleigh, basikal tua, basikal palang, basikal BMX adalah antara beberapa jenis dan jenama yang ada di pasaran pada tahun-tahun tersebut. Hanya yang dari golongan berkemampuan yang dapat membeli jenis-jenis basikal yang berjenama dan lebih mahal. Yang tiada, pinjam basikal palang milik datuk pun boleh walaupun badan belum cukup tinggi untuk duduk di tempat duduk basikal. Menyengetlah badan tu nak letak posisi badan di celah palang sambil mengayuh basikal. Jatuh parit dengan basikal palang tu pun dah lumrah.Siap tersenyum kambing sambil dengar leteran emak.
Anak-anak tahun 1990-an ke sekolah
Bila sudah semakin banyak sekolah-sekolah bertempat di kawasan yang lebih jauh, pelajar-pelajar pun dah terpaksa menaiki kenderaan yang lebih sesuai. Kalau ibubapa tak mempunyai kenderaan atau ada, tetapi lebih mudah untuk uruskan penghantaran ke sekolah menaiki bas, lebih ramai menggunakan mode pergerakan seperti ini. Yang paling jauh dari sekolah akan menaiki bas terlebih dahulu dan perlu bersedia di tepi jalan lebih awal dari rakan-rakan yang kedudukannya lebih dekat dengan sekolah. Ada yang Subuh di dalam bas!
Anak-anak tahun 2000++ ke sekolah
Bila zaman dah semakin berubah, tahap kewangan dah semakin kukuh, ada ibubapa yang membelikan kenderaan untuk kegunaan anak-anak mereka ke sekolah. Paling tidak pun, sebiji motorsikal untuk kegunaan pergerakan seharian ke sekolah. Walaupun bukan semua, tapi melihat pelajar-pelajar dengan kereta masing-masing ke sekolah sudah tidak asing, lagi-lagi bila mereka sudah melepasi usia boleh memiliki lesen kenderaan ke sekolah. Apatah lagi yang di IPTA/IPTS. Ada masa, 'merenyam' mata cikgu/pensyarah tengok kenderaan pelajar lebih besar dan mahal dari kenderaan cikgu/pensyarah. Tak apalah, sudah rezekinya, kan? Pelajar kereta besar, cikgu pahala besar. Amiin! Tak mengapa kalau kenderaan sudah hebat, akhlaknya pun sama hebat.
Anak-anak tahun 2010++ ke sekolah
Kelas-kelas online dah semakin banyak ditawarkan. Jika pelajar mepunyai akses kepada capaian internet yang baik di rumah, dah boleh terus 'masuk kelas'. Jika tiada, perlu ke 'cyber cafe'lah jawabnya. Ada yang tak balik-balik rumah sebab 'kelas tuition' berlanjutan sampai ke malam! (Ehem. Mesti main game tu kan? Baik mengaku!)
Anak-anak di tahun 2020 ke sekolah
Yang inilah 'spesis paling rare'. Tak perlu bergerak ke luar bilik pun untuk sertai kelas online! Kadang-kadang, cuci muka sikit dah terus 'masuk kelas'. Perangai masing-masing pun sangat berwarna-warni! Ada yang tak masuk kelas. Ada yang menyaman cikgu kelas. Memang menduga betul sepanjang tahun ini kan?
Yang positif dan negatifnya banyak. Atas pertimbangan kitalah nak pilih cara terbaik supaya kita tetap dapat menimba ilmu dengan sebaiknya. Baik pilihan kita, baiklah hasilnya.
Nak manfaatkan masa PKP / pasca PKP dengan cara 'ke sekolah' yang lebih baik? Tekan link berikut untuk sertai beribu-ribu pelajar kami menimba ilmu kemahiran fotografi / videografi / bisnes / parenting dan pelbagai lagi:
Platform Kemahiran Digital Terbesar di Malaysia