Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB

Begitulah yang terjadi kepada salah seorang student kami, Encik Ritzuwan Syde atau lebih dikenali sebagai Ritz The Baker yang juga pengusaha kepada sebuah bakery legend, Saleha Bakery yang berpusat di Langkawi.

Semuanya bermula di awal Mac haritu, Encik Ritzuwan ingin membuat personal branding untuk memperkenalkan namanya di dalam pasaran. Bila nama dah semakin dikenali, proses nak memasarkan produk terbarunya juga akan menjadi lebih mudah. Encik Ritzuwan tak tunggu lama, beliau tekad membuat keputusan untuk menuntut ilmu dengan Saiful Nang Academy mengenai cara pemasaran sosial media dengan betul.

Encik Ritzuwan bermula dengan mengikuti kelas-kelas percuma kami setiap malam di FB page kami, kemudian mula mengikuti kelas online iaitu Badai Online Marketing 2.0 (BOM 2.0) - belajar mengenai FB ads dan juga copywriting power untuk menarik perhatian FB user. Tak cukup dengan itu, Encik Ritzuwan juga mengikuti kelas Smartphone Food Photography & Smartphone Food Videography untuk memantapkan kemahiran beliau mengambil gambar produk makanan beliau, dan shoot video baking/masak sebagai salah satu cara untuk membuat content di FB page Ritz The Baker.

Camera tak ada tak apa, kami ajar shoot guna handphone je. Dah upgrade kemahiran cara buat content di FB, Encik Ritzuwan juga mengikuti kelas Whatsapp Lock kami - untuk belajar seni close sales melalui Whatsapp. Maklumlah, bila bisnes dah berubah secara online seiring dengan permintaan dan keadaan semasa, kebanyakan sales akan di lock melalui Whatsapp. 

Antara video Encik Ritzuwan yang viral ialah video resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread yang mendapat tontonan hampir 200k dan video tu juga telah viral hingga mendapat capaian hampir setengah juta pengguna FB. FB page Ritz The Baker yang dahulunya hambar kini telah bertambah followers nya sebanyak 4 angka secara organik (maksudnya tanpa membuat sebarang kos pengiklanan untuk tambah followers).

Klik di gambar untuk lihat video. Video ini dirakam dan disunting
menggunakan smartphone 100%

Rezeki tidak terhenti di situ, hasil dari consistency yang Encik Ritzuwan tunjukkan dengan sering memuat naik video content di FB page Ritz The Baker, beberapa syarikat juga telah menghimpit Ritz The Baker dan mula menunjukkan minat untuk memberi sponsor, antaranya Arissto Coffee, supplier bakery ingredients yang popular di Kedah, dan juga produk pes dari Chef Amer. 

Ilmu yang dapat dari kelas food photography juga tidak disia-siakan kerana foto menarik dari Encik Ritzuwan juga telah dipilih untuk dipaparkan di Instagram syarikat pengeluar cheese di New York. 

Pengusaha bakery dan pastry yang lain pun boleh jadi macam Encik Ritzuwan juga yang penting perlu ada ilmu, jangan mengalah dan selalu menyalahkan keadaan. Cara A tak jalan, kita cuba cara B. Cara B tak jalan, kita cuba cara C. Jika ada home baker, bakery owner, pastry chef, dan pengusaha makanan yang lain nak belajar kemahiran cara nak naikkan followers dan tingkatkan jualan seperti Encik Ritzuwan, boleh klik foto di bawah.

 



Filter
Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB - Saiful Nang Academy
Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB - Saiful Nang Academy