Founder Bisnes Tak Perlu Jadi Famous Untuk Dapat Pendapatan 5 Angka Sebulan
Dia boleh la influencer, jual apa pun orang beli’
‘Dia artis memang la produk dia laku keras’
Dia dia dia! Semuanya salah orang lain, tapi bukan salah kita. Kita founder bisnes yang macam ni tak? Sebenarnya nak berniaga tak famous pun boleh jer nak capai pendapatan 5,6 angka sebulan jika kita tahu caranya. Kalau famous, kira bonus la tu. Tapi ramai je peniaga dan CEO kat luar sana yang orang tak kenal muka tapi kenal bisnesnya
Sebagai founder, apa yang boleh kita lakukan untuk overcome cabaran ni? Ini kami kongsikan tips apa yang founder dan newbie bisnes boleh amalkan. Baca sampai habis. Bangsa membaca, bangsa berjaya. Nak jadi founder yang berjaya, start from this small steps first
1. Content Marketing
Content marketing juga ialah salah satu softsell yang boleh kita buat. Kalau kita jual tudung, instead of kita asyik cerita mengenai material lah, harga murah lah.. apa kata kita cerita atau buat tutorial cara nak styling tudung, atau kalau tudungnya labuh; boleh buat content masakan atau parenting. Sbb kebanyakan yang pakai tudung labuh ni golongan yg sedikit berumur.
Kalau jual tudung yg trendy, boleh buat content make up tutorial, how to pose, tips OOTD - buat content yang target market kita suka, BUKAN apa yang kita suka. Dalam video content kita boleh la selitkan sekali produk kita, itu la namanya content marketing. Nampakkan sedikit branding dlm video dan gambar-gambar kita.
2. Konsisten
Dalam apa kerja yang kita buat pun perlu consistency. Kita dengan team kita patut ada satu mission dan vission yang seiring. Team kita perlu tahu apa yang kita inginkan dan bagaimana nak mengejar kepada target itu.
Selain tu, jika kita dah takwim 1 hari kita perlu mengeluarkan 5 posting mengenai produk/servis kita, make sure kita follow dan buat takwim itu. Jangan sekadar ada plan, tapi tak direncanakan.
Consistency is the key. Lagi banyak kita feed online users dengan produk dan servis kita, lagi tinggi peluang untuk mereka membeli dengan kita. Cuba fikir, kenapa McDonalds, KFC, Milo masih mengiklankan produk mereka walaupun produk mereka sudah pun dikenali oleh kebanyakan orang?
Sebab Marketing ialah nyawa dalam bisnes. Tak ada marketing, tak hidup lah bisnes kita. Prospek dan pelanggan kita perlu sentiasa diingatkan tentang kewujudan kita.
3. Jangan Terlalu Menjual / Hardsell
Bila kami katakan consistency, jangan lah pulak semua posting yang kita keluarkan tu nampak terlalu menjual. Orang pun boleh lari macam tu.
Banyakkan soft sell dan dan tunjukkan value produk/servis kita. Tunjukkan kenapa mereka patut guna/beli produk kita. Kita sendiri pun tak suka baca iklan kan? Apatah lagi tgk orang spam di personal whatsapp. Jangan buat macam tu, orang tak suka.
Soft sell pula ada banyak yang boleh kita buat.. Okay tengok gambar seterusnya
4. Guna Gambar Dan Video Menarik
Ini juga sudah banyak kali kami tekankan dalam FB live dan postings kami sebelum ini. Kalau dulu copywriting comes first, sekarang bukan lagi. Paling senang nak reach dan boleh dpt tinggi engagement ialah:
1. Video
2. Gambar
3. Copywriting
Jadi, perbanyakkanlah usaha kita untuk menghasilkan video dan gambar yang marvellous untuk page kita. Jangan biarkan sendu dengan penulisan yang tidak bergambar/video. Bosan.
5. Marketing Strategi
There’s no right and wrong in marketing. Tak jadi cara A, kita guna cara B. Tak jadi cara B, kita guna cara C.
What works with us, might not work on others.
Vice versa.
Keep trying sampai kita jumpa what’s best for us. Jangan give up dan cepat mengalah. Tu bukan leader namanya.
6. Facebook ADS & Instagram ADS
Dah buat semua 5 perkara tadi, now its time for us to reach to more people. Face the fact, sekarang ni platform Facebook mahupun Instagram yg semakin strict, memang kita perlu buat Facebook ads untuk reach kepada lebih ramai orang. Kalau dulu tak ads pun tak apa, tapi sekarang dah tak boleh.
Gitulah cara Facebook buat duit. Tapi kita pula jangan la membuta tuli buat iklan dan spend spend spend seperti tiada hari esok. Tak check ROI, tak monitor, targetting salah. Jangan sedekah duit kat incek Mak Zubek okay. Nak buat ads kena dengan ilmu, baru berbaloi.
Ilmu FB Ads dan IG Ads ini kami boleh ajarkan dari A to Z di dalam kelas-kelas berikut.Kami ajar buat iklan di Facebook & Instagram dengan betul dan TEPAT. Daftar dan boleh terus belajar, dan praktikkan dalam bisnes. Video kelas ada banyak syllabus, boleh tengok berulang kali sampai faham selama 6 bulan. Just klik pada gambar untuk grab segala ilmunya.