Bagaimana Jadi Agent Jual Kek Online Berjaya Buat Jualan Mencecah RM20K
Dulu sebelum beliau ada ilmu, jual kek cuma dapat sales RM3K je dalam masa 4 bulan. Purata jualan sebulan dalam RM750 sahaja. Lepas kaut ilmu-ilmu dalam kelas online kita dan praktikkan, Alhamdulillah beliau berjaya cecah jualan sehingga RM 20,000.
Beliau ialah Azie Marzuki, seorang suri rumah sepenuh masa. Tapi disebabkan minat berniaga yang mendalam, beliau mula menjadi dropship kepada salah sebuah perniagaan kek terkemuka di Malaysia.
Hasil bidikan percubaan dari Azie Marzuki menggunakan smartphone sahaja
Azie Marzuki mula mengenali Saiful Nang Academy dari Instagram Saiful Nang mengenai sesi Live Ngopi Bisnes dan dari situ bermulalah kisah perjalanan beliau bersama kami. Beliau sedar bahawa jika ingin berniaga secara online, perlu bina personal branding dahulu baru datang keyakinan dan kepercayaan orang nak membeli dengan kita. Walaupun HQ ada menyediakan gambar-gambar sebagai bahan marketing, Azie Marzuki juga buat initiative sendiri dengan shoot gambar dan video produk yang dijual.
Hasil bidikan percubaan dari Azie Marzuki menggunakan smartphone sahaja
Akui kelemahan dalam mengambil gambar, beliau mula sertai kelas Smartphone Photography dan Smartphone Video Editing. Belajar ambil gambar cantik-cantik hanya dengan menggunakan henfon dan belajar edit video content dengan app percuma di henfon. Tak susah pun nak menjual ni sebenarnya, seperti yang sering cikgu Saiful Nang dan cikgu Syibli tekankan dalam kelas percuma setiap malam sebelum ini. Semua usahawan perlu buat CONTENT, CONTENT dan CONTENT! Dari content yang berterusan akan datang kepercayaan terhadap jenama kita.
Boleh klik di gambar ini untuk lihat video content yang dibuat bersama anak-anak beliau hanya dengan menggunakan smartphone
Azie Marzuki mula buat video content bersama anak-anak. Dari situ order kek mula masuk menderu-deru. Tak cukup dengan tu, Azie Marzuki join pula kelas Smartphone Food Photography dan Videography. Misi utamanya nak hasilkan gambar dan video makanan yang menggiurkan. Malah boleh buat orang craving dan lapar. Dah craving, mesti lah orang akan beli dan sekali gus naikkan jualan beliau.
Alhamdulillah berkat usaha mencari ilmu tanpa berputus asa, sokongan daripada suami dan juga HQ, Azie Marzuki berjaya mencapai total sales RM 20,641 sepanjang menjadi agent selama 9 bulan. Status beliau dari dropship pun dah naik ke level agent. Antara kata-kata beliau yang sangat terkesan bagi kami "Kesimpulannya, belajar fotografi dan videografi dengan cikgu-cikgu Saiful Nang Academy berjaya buatkan akak lebih yakin untuk menjual. Apabila keyakinan itu hadir dalam diri penjual, pelanggan akan dapat rasakan vibes itu. Dari situlah tercetusnya jualan demi jualan."
Boleh follow page Azie Marzuki jika nak beli kek online
Doa kami semoga perniagaan Azie Marzuki semakin maju dan jualan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Bagi online seller yang lain, jika ingin menjadi seperti Azie Marzuki atau lebih baik, perlu mula dari sekarang. Upgrade ilmu yang ada - fotografi, videografi, bisnes, copywriting dan pembinaan content. Praktikkan dan kami pasti pasti jualan akan bertambah baik. Boleh klik di gambar untuk tambah ilmu pemasaran online di media sosial bersama kami.