Fungsi drop pin boleh buatkan jualan peniaga makanan tak putus-putus

Salah satu fungsi yang paling best ada di dalam ads manager ialah fungsi drop pin. Drop pin ni maksudnya kita boleh set kan iklan kita tu nak appear di kawasan mana.

Semua peniaga makanan, warung, bakery dan homebaker patut tahu fungsi ini.

Kita letak contoh sebagai Fiza. Fiza ada buka kedai makan di Shah Alam. Perniagaan Fiza pula tak ada produk yang boleh di hantar melalui pos, jadi target market Fiza hanyalah untuk kawasan sekitar sahaja.

Dengan limitation waktu beroperasi sepanjang PKPB, Fiza mengalami penurunan jualan yang sangat dasyat. Tapi Fiza tak mengalah, Fiza tukar strategi perniagaan kepada online. Orang tak boleh datang kedai kita, tak apa kita yang pergi hantar makanan depan rumah mereka. Fiza pun mula daftarkan perniagaan di Grab Food, dan Food Panda.

Cabarannya ialah bagaimana Fiza nak bagitahu penduduk di kawasan sekitar yang Fiza sudah mula beroperasi secara online dan menyediakan khidmat penghantaran terus ke rumah - jawapannya Facebook ads.

Antara fungsi yang boleh Fiza guna ialah Drop Pin. Bila Fiza buat iklan di Facebook, Fiza boleh set kan iklannya untuk appear di kawasan yang Fiza mahu, seeloknya di kawasan sekitar 10-15km radius seperti

- Shah Alam
- Subang Jaya
- Klang
- Bukit Jelutong

Jadi, setiap yang berada di lokasi di atas akan nampak iklan kedai Fiza. Sejak Fiza guna fungsi ni, perniagaan Fiza kembali stabil. Tapi harus diingat, gambar dan copywriting juga haruslah menarik minat orang yang membaca dan targeting iklan juga haruslah tepat, baru iklan kita menjadi.

Jadilah peniaga bijak macam Fiza. Jangan selalu menyalahkan keadaan, tapi berusahalah mencari jalan keluar yang terbaik.

Nak jadi bijak dan berjaya dapat order tak putus-putus macam Fiza, kena menuntut ilmu dengan kami dalam kelas Facebook ads dan Instagram ads. Kalau masa kelas tu tengah busy berniaga dont worry, kita bagi 6 bulan akses juga untuk ulang tonton video kelas.. Boleh klik je sini untuk baca lebih lanjut.


Related Posts

Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB
Video Viral Shoot dan Edit Video Guna Henfon Dapat Capaian Setengah Juta Pengguna FB
Begitulah yang terjadi kepada salah seorang student kami, Encik Ritzuwan Syde atau lebih dikenali sebagai Ritz The Ba...
Read More
Evolusi Cara Pelajar ke Sekolah / Institusi Pengajian
Evolusi Cara Pelajar ke Sekolah / Institusi Pengajian
Selamat datang 2021! Terima kasih 2020! Semakin lama, semakin mudah untuk semua ke 'sekolah' untuk belajar. Tahun 202...
Read More
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat
Nak buat orang tertarik beli produk kita, selain dari kegunaan produk tu sendiri ialah visual produk. Tapi sekarang n...
Read More