Rahsia peniaga pasar malam boleh dapat jualan laku keras dan habis berniaga awal
Kami nak kongsikan rahsianya di sini, dan rahsia ini boleh di guna pakai untuk semua peniaga makanan online, homebakers, restoran dan warung tepi jalan.
Selain kesedapan makanan yang dijual, kita juga perlu pentingkan cara kita display makanan kita ketika berniaga. Kita harus menampakkan kesedapan makanan itu sendiri. Bayangkan kita sebagai peniaga dadih, petang-petang orang pergi pasar malam dalam keadaan letih baru balik kerja, panas, lapar dan dahaga lepas tu tengok pula kita susun dadih bertingkat-tingkat dengan sejuk ais nya, nampak texture nya yang lembut dan cair di mulut, Fuhhh tempting sungguh. Sama la juga tekniknya jika kita berniaga produk makanan yang lain. Menampakkan kesedapan makanan itu WAJIB.
Faktor lain yang boleh buatkan jualan kita laku keras ialah dengan penggunaan pelaris. Aa Aa Aa baca sampai habis. Bukan pelaris bomoh, bukan juga pelaris kain kuning tapi guna GAMBAR dan VIDEO sebagai pelaris. Gambar dan video makanan yang menggiurkan dan berjaya buat orang lapar ialah pelaris yang paling ajaib. Gambar ni boleh la letak di banner dan poster gerai kita.
Sekali lalu, orang pandang jer tapi dah terfikir-fikir
Dua kali lalu, tak fikir dah terus beli
Dari orang kenyang, terus rasa lapar bila tengok gambar makanan kita yang nampak sedap dan fresh, dari nak diet terus tak jadi diet bila tengok kek coklat yang meleleh-leleh coklatnya. Dari gambar je dah terasa-rasa kat anak tekak. Dah tertengok, terus ter-craving. Dah ter-craving, terus terbeli, termakan, dan tergemuk. Lepas tu menyesal.
Begitulah psikologi manusia. Ni antara tips bagi peniaga yang nak habis berniaga awal dan tutup gerai pukul 7 malam. Kalau ada yang nak belajar bagaimana nak ambil gambar cantik-cantik dan NAMPAK sedap dan menyelerakan, boleh join kelas kami online kami. Kita ajar ambil gambar makanan guna smartphone jer di sini, tak perlu bazir duit beli camera mahal-mahal.
Dan kalau nak belajar buat video makanan untuk diletakkan di Facebook, Instagram atau Whatsapp boleh juga boleh belajar di kelas ini. Kelas kita bagi akses selama 6 bulan, jadi kalau tak sempat nak tengok semasa kelas sebab tengah berniaga, jangan risau.
Jika bermanfaat, jangan lupa share kepada sahabat rakan niaga yang lain untuk sama-sama kita bantu tingkatkan sales pasca Covid ini.