LANGKAH DEMI LANGKAH TAMBAH LIKER DALAM FB PAGE

LANGKAH DEMI LANGKAH TAMBAH LIKER DALAM FB PAGE

1. Buat content sampai orang follow. Cuma kalau you all mula FB dari tahun 2010 bolehlah dapat follower organic yang banyak. Satu post viral sahaja boleh tambah 2-3k sampai 20k pun pernah. Zaman now, semua Mark nak buat duit, maka content sahaja cuma boleh tambah beberapa puluh dan rekod saya sendiri boleh tambah 4000 likers sahaja pada zaman kena buat Like Marketing ads.

2. Buat content dan ads kan content untuk reach kawan kepada followers kita dan juga "lookalike" followers kita.

3. Buat Like Marketing straight forward setelah memperkayakan content menarik dalam FB Page kita. Jangan buat Like Marketing bayar kat Mark tapi dalam FB Page tak ada post engaging langsung. Post paling power yang ramai orang share, sticky kan paling atas. Baru orang yakin nak tekan LIKE page you all.

4. Kalau ads terus utk menjual, akhirnya awak belanja 20 sen satu engagement, sedangkan kalau target follower sendiri, 2 sen pun biasa boleh dapat. Dari berdegil nak post ads juga nak menjual, baik spend masa buat LIKE Marketing dulu dapatkan Likers ramai-ramai dan baru buat iklan targeting kepada likers sahaja. BARU MURAH.

5. Dalam Like marketing dan content PASTIKAN jangan lupa letak logo. Logo terbaik ialah bukan shape semata-mata. Logo terbaik BOLEH DIBACA. Jangan buat macam Mekdi. Dia dah famous, letak M dia jer pun orang dah kenal. Kita yang belum terkenal, logo tu biar boleh eja walaupun dalam thumbnail. Tapi jangan sampai batak logo. Letak logo hanya pada 1 gambar dalam mungkin banyak gambar yang you all post. Letak pada gambar pertama sahaja. Tak payahlah letak logo kepala kuda tu, logo kepala kuda pakai dalam profile pic sahaja sekadar nak buat kenal-kenal saudara mara RareFounders jer. Kenapa? Jangan letak engagement sebagai sasaran semata-mata. Ada yang dapat reach 10k tapi engagement baru 1k. Apa jadi pada 9k lagi? WASTED? Tak wasted kalau mereka dah tengok dan dah terlihat LOGO kita yg boleh dieja tadi tu.

6. Engage dengan followers. Kalau perlu buat aktiviti mencicah mangga bawah pokok rambutan pun jika itu boleh melahirkan better engagement, buat sahaja.

7. Terus ulangi proses di atas sehingga mendapat desired number of followers.


Filter
LANGKAH DEMI LANGKAH TAMBAH LIKER DALAM FB PAGE - Saiful Nang Academy
LANGKAH DEMI LANGKAH TAMBAH LIKER DALAM FB PAGE - Saiful Nang Academy