Peluang Duit Raya Berganda : 5 Barang Paling Laris dijual di bulan Ramadhan
Peniaga online kalau fokus kepada salah satu daripada 5 produk utama sahaja ini pun dah boleh 'kumpul duit raya' untuk 2021 ini.
Kalau nak buat semua, pastikan gunapakai semua 'senjata marketing' yang kita tahu. Mana yang tak tahu kita boleh belajar dan top up ilmu lagi. 5 produk ini kalau foto / video / poster jualannya menarik, orang yang asalnya tak nak pun tetap akhirnya nak order.
Kurma adalah antara makanan utama dalam bulan puasa. Selain khasiatnya, ianya juga adalah salah satu makanan sunnah. Khasiat dapat, pahala pun dapat. Kita yang menjual pun boleh dapat manfaat.
3) BISKUT RAYA
Walaupun ramai yang work from home, masih ramai yang belum sempat nak sediakan biskut / kuih raya. Kita sebagai peniaga, inilah masanya bantu mereka yang kekurangan masa dan tenaga nak menyediakan biskut raya sendiri. Lagipun, biskut raya kebanyakannya tahan berbulan-bulan. Nak pos pun sudah ada cara pembungkusan terbaik bagi memastikan biskut sampai dalam keadaan sempurna dan tak berderai.
Kadang-kadang biskut yang guna 3-4 bahan sahaja pun, kalau orang tak cukup masa, tetap juga laku dibeli mereka. Asalkan kita tunjukkan foto / video / poster biskut raya kita tu sampai orang rasa nak makan segera masa tu juga. Bla orang geram, mereka akan tempah terus dari kita.
Nak marketing lagi mantap, tambah ilmu Food Videography.
4) AKSESORI BAJU RAYA
Tak kira kita ni lelaki atau perempuan, kalau dah ada baju raya, mesti perlukan kelengkapan aksesori sesuai seperti songkok, butang baju Melayu, tudung, pin dan lain-lain. Kalau kita tawarkan pakej aksesori lengkap atau sepasang sama warna/bentuk/tema, lagi orang suka. Ini juga memudahkan bakal pembeli. Silap-silap, kalau foto / video / poster produk kita, kita tunjukkan yang terbaik, mereka terus tempah dari kedai kita sahaja. Mudah dan menjimatkan masa juga kepada mereka. Pelanggan tak suka sangat kalau perlu cari butang baju di kedai lain-lain.
5) KEREPEK
Ini adalah antara jenis makanan yang sangat evergreen. Tak mudah basi dan tahan lasak sehingga habis waktu hari raya pun. Selain dihidangkan kepada tetamu (walaupun hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan semasa PKP), dijamin antara yang akan habis dahulu. Semasa tonton TV atau tengok games pun memang satu hidangan yang laku keras. Jangan risau. Asalkan kita tunjukkan kelebihan produk jualan kita dengan cara yang terbaik. Sebab itu foto / video / poster produk jualan kita, kena mantap. Baru orang percaya. Siapa tak suka kerepek? Budak kecil pun boleh 'mengadap' kalau kena jenisnya.
5 produk ini jadi antara produk laku keras saban tahun kerana memang itu antara yang orang suka. Kalau orang dah suka, tinggal cara kita memasarkannya sahaja yang membataskan tempahan mereka, kan?
Tambah foto / video / poster yang menggamit orang nak beli produk kita, dah boleh jadikan kita peniaga online maju dengan tempahan yang berjujuk-jujuk masuk. Tak susah nak mahirkan diri hasilkan semua tu, lagi-lagi kalau kita dah ada smartphone (walaupun bukan yang model 12 tu).
Nak mudah, boleh daftar dalam salah satu / kesemua kelas di atas pada link pada semua gambar dalam posting ini.