ShopeeFood : Lagi Aplikasi Penghantaran Makanan Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Shopee yang sudah dikenali ramai adalah antara laman web eDagang terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai pilihan barangan yang ada di Shopee sudah tentunya ia menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mendapatkam barangan keperluan diri, rumah dan pejabat. Melalui Shopee Mall sahaja, terdapat lebih daripada 100,000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkemuka dan pengedar sah.
.
Kini Shopee bakal mengembangkan lagi perkhidmatannya kepada penghantaran makanan. Melalui aplikasi ShopeeFood yang bakal dilancarkan tidak berapa lama lagi, ia dilihat sedang giat mencari rakan penghantar makanan. Namun, melalui promosi pencarian rakan penghantaran ShopeeFood dilihat yang ianya bakal dilancarkan di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

ShopeeFood yang sebelum ini sudah dilancarkan di Indonesia awal tahun ini merupakan pesaing kepada GrabFood dan Gojek. Di Malaysia pula ia bakal menyaingi Grabfood dan FoodPanda yang telah terlebih dahulu menyediakan perkhidmatan yang serupa.


Ini merupakan berita baik kepada peniaga makanan untuk mencapai kepada lebih ramai pengkalan data pelanggan Shopee yang sedia ada sekarang ini. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih lagi berlangsung sudah tentunya perniagaan atas talian menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan penghantaran makanan.

Saiful Nang Academy (SNAP) menyediakan pelbagai sesi kelas online dengan Pakej Usahawan Makanan. Termasuk di dalam pakej ini ialah kelas Smartphone Food Photography, Smartphone Food Videography, Smartphone Video Editing, Youtube Income Tinggi, Poster Mudah Smartphone dan Iklan Facebook Impak Tinggi. Semua ini pada harga asal RM 470.00. Tetapi setelah DISKAUN harganya cuma RM 150.00 sahaja. Peniaga makanan yang nak belajar bagaimana menaikkan jualan di aplikasi penghantaran makanan boleh belajar di sini 

 

Pada zaman ramai antara kita sedang mengalami saat-saat sukar ini, boleh rebut peluang yang ada di depan mata. Nak cuba jadi rakan penghantar makanan (runner), boleh hubungi mereka.

Tapi, kalau sambil-sambil jadi runner dan boleh juga jual gambar makanan atau / dan sambil kita juga tambah ilmu untuk bisnes makanan kita sendiri, lagi bagus dan berbaloi-baloi pulangannya.

Terus tekan gambar-gambar untuk link ke kelas-kelas dengan ilmu berkaitan :

Hasil kreatif: Elmy Halili

Related Posts

7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Tak Jawab WhatsApp Bakal Pelanggan Ikut Masa Ditetapkan, Buat Peniaga Online Hilang Rezeki?
Baru-baru ini, tular di socmed gara-gara sekeping gambar screenshot peniaga online yang menjawab mesej WhatsApp bakal...
Read More
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More

Filter
ShopeeFood : Lagi Aplikasi Penghantaran Makanan Bakal Dilancarkan Di Malaysia - Saiful Nang Academy
ShopeeFood : Lagi Aplikasi Penghantaran Makanan Bakal Dilancarkan Di Malaysia - Saiful Nang Academy