Cara Online Seller Buat Iklan Di Dalam FB Group

Bagaimana jadikan marketing kita bertukar dari kuantiti kepada kualiti.

Marketing yang beKUALITI adalah marketing dengan strategi yang bagus.

Di sini saya nak kongsikan satu strategi marketing menggunakan group facebook.

Pertama kita harus fahami

KELEBIHAN GROUP FACEBOOK

1. Dah ada crowd tersendiri, kita tak perlu cari follower atau bina follower

2. Group facebook biasanya terdiri dari orang yang mempunyai minat yang sama. Jadi demografik di dalam group facebook sudah tak bercelaru dan terfokus

3. Kawasan yang satu satu nya facebook ads belum boleh masuk lagi


STRATEGI MARKETING DI DALAM GROUP FB

1. Cari group yang ada moderator/admin yang aktif, ini untuk elakkan group menjadi tempat iklan semata-mata

2. Lihat terlebih dahulu apa yang ahli komuniti di dalam ini selalu bincangkan

3. Rajin-rajin kongsikan pandangan dan memberi komen di dalam posting orang lain, ini sangat penting untuk kita membina kredibiliti dan juga awareness ahli group tersebut pada diri kita. Ini langkah membina kepercayaan, ingat pembelian hanya akan berlaku bila ada kepercayaan.

4. Seterusnya kita fahami apa yang mereka suka bincangkan, baru kita buat posting yang bersesuaian dengan group. Dari apa yang mereka bincangkan juga sebenarnya boleh kita jadikan idea untuk blog2 post kita.

5. Mulakan posting yang tidak menjual (paling senang kongsi blog post, tips2). Bila orang dah kenal kita jadi barulah orang pun senang nak engage dengan posting kita.

6. Langkah terakhir, perlu berterusan (istiqamah) jangan berhenti walaupun sehari. Tak semua posting perlu panjang2, lagi2 bila posting blog. Cukup dengan ayat yang ringkas untuk menarik minat orang membaca

Itu dulu tips hari ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Cikgu Syibli

Ramai orang pandai menulis tapi tak semua orang pandai membuat posting yang engage dan sesuai dengan para pembaca. Dalam kelas Copywriting Membelah Langit, kita akan belajar apakah elemen-elemen yang wajib ada dalam posting untuk memastikan posting berkesan dan berjaya membawa kepada jualan. Klik gambar di bawah untuk 'grab' ilmu tersebut

Untuk mantapkan lagi marketing, grab pakej combo Media Social Marketing yang mana terdapat 6 kelas berkaitan marketing dalam 1 pakej. Hanya bernilai RM150 berbanding harga biasa RM570.

 


Related Posts

'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
Ini adalah perkongsian dari Tuan Ammar Zahar, seorang marketing consultant yang banyak membantu usahawan, di page bel...
Read More
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More

Filter
Cara Online Seller Buat Iklan Di Dalam FB Group - Saiful Nang Academy
Cara Online Seller Buat Iklan Di Dalam FB Group - Saiful Nang Academy