10 Gambar Smartphone Bukti Bercuti di Pekan, Pahang Nampak Macam Travel ke Bahamas

Koleksi 10 gambar SUPERB hasil shoot & edit guna smartphone.

Superb betul gambar-gambar ini yang dirakam guna smartphone ni. Tak jauh pun tempatnya dari Kuala Lumpur tapi dah terasa macam dapat travel ke Kepulauan Bahamas

Gambar santai petang di Kekunang Tering Chalet di Pekan, Pahang ni memang boleh buat kita merenyam biji mata dan kaki nak terus terbang ke sana.

Dugaan betul bila nampak gambar orang post di socmed. Lagi-lagi yang ada tema KEMBARA. Tak dapat ke luar negara, kita mulakan di dalam Malaysia dulu pun tak apa. Ada smartphone, duduk chalet tepi pantai ni pun dah rasa macam dapat hadiah anniversary ke Kepulauan Bahamas.

Mantap betul bercuti di Kekunang Tering Chalet di Pekan, Pahang ni. Pantainya dahlah bersih, tempat menginapnya pun jenis Rare dan menjimatkan. Tapi, pengalaman bercuti di sana, tak luak sikit pun dengan harga yang berbaloi-baloi tu! Dengan smartphone pun mampu hasilkan hasilkan gambar cantik.
Tengok langit dan air laut membiru tu dah nak sama macam selimut toto Kapten AA tu. Padahal shoot guna smartphone je. Edit sikit naikkan seri je. 
Maa ajmalaa (Orang Arab kata, "betapa cantiknya!") Memang cantik sangat view di tempat ni!
Santai-santai di sebelah petang. melayan view laut lepas di depan mata terasa macam dah ada di syurga dunia. Nampak kawan dah asyik sangat tu tak sedar diri dah kena snap dengan smartphone kawan lagi seorang. Khusyuk sangat tengok keindahan alam ciptaan Allah ni.
Dari atas tilam pun dah 'heaven' sangat dah macam ni. Lepas Subuh, bermalas-malasan sambil tunggu sunrise, nikmatnyaaa. Seluk smartphone di poket, shoot sedas-dua, edit sikit, share terus kat kawan-kawan di office. Kita bakor sikit. 
Nampak tak? Dia punya santai tu, buka je pintu dah boleh terus hulur kepala dan hirup udara segar tepi pantai. Ada smartphone, canggih dah walaupun tak pakai aipong twelve atau pakai DSLR. Shoot & share terus pun boleh. Rasa nak report polislah, sebab mengANCAM sangat gambar ni.
'Menjala' ikan segar dari peraih kampung, tak perlu tunggu lama. Bersihkan je di bawah tangga chalet atas pokok pun boleh. Ajak seorang dua orang kampung, jemput makan sama. Rare tau. Tangan dah berselepat dengan darah ikan ni mana sempat nak capai kamera, guna smartphone je, lap sikit-sikit dulu sebelum shoot gambar. Suruh anak jiran shoot kan pun boleh. Kita ajarkan sikit dari jauh.
Tu dia ikan bawal emas 5kg Kapten Syibli siang laju-laju sebab nak siapkan barbeque selepas Maghrib nanti. Ikan segar tak perlu berlama-lama. Mujur ada smartphone, budak-budak pun boleh shoot kan.
Ikan siap, perapan ikan pun siap, tempat nak bakar ikan pun dah siap. Rehat sekejap, selepas Maghrib dah boleh letak atas api dan tunggu tak sampai setengah jam, ikan pun siap untuk dinikmati. 
Shoot dengan smartphone sekarang, dah boleh enhance rupa ikan bakar ni guna 'night mode'. Tak adalah macam dulu, shoot gambar pakai smartphone pun boleh merah warna mata ikan tu memantul balik kat gambar kita. Ingatkan ikan hidup semula. Seram je.
Ikan bawal emas 5kg sedia untuk dibaham bersama. Macam di syurga sungguh-sungguh. Boleh bayangkan kelazatannya tu? Macam orang Bahamas menjala dan memancing ikan di Nassau. Besar-besar semuanya!
Lena sungguh malam tadi tidur kekenyangan dalam hujan rintik-rintik. Bangun sebelum Subuh pun nyaman je. Keluar pula disambut cahaya matahari di balik awan tebal. Pun masih cantik walaupun shoot dengan smartphone je. Bersedia untuk pulang semula ke 'sarang'. Akan merindui 'The Bahamas Malaysia' di Pekan Pahang pastinya.

So, ke mana destinasi percutian selepas PKP ditamatkan nanti? Bercuti ke tempat secantik di Kepulauan Bahamas sebenar pun jadi tak best kalau hasil shoot gambar guna smartphone macam hampas je.
Kena tambah sikit kemahiran shoot gambar guna smartphone. Dah pandai shoot gambar, tambah lagi sikit kemahiran edit gambar pula. Barulah berbaloi kita punya percutian, ada kenangan dapat dirakamkan, walaupun hanya bawa dan guna smartphone. 
Jom asah mata! Klik link ini:

Nak belajar teknik best Landscape Photograhy


Related Posts

Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger
Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger
Setelah banyak troll yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi ini mengenai keputusan Apple untuk menjual iPhone ...
Read More
Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik
Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik
. Nampak macam simple tapi kalau kita elak kesilapan-kesilapan ini, gambar kita boleh jadi cantik. Tak kira pakai hen...
Read More
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea
Tak perlu ke Pulau Nami atau Pulau Jeju kalau kebun di belakang rumah pun kita boleh gunakan sebagai lokasi 'outdoor ...
Read More