10 Ilham Dari Dapur Jadi Foto (dan Wang) Guna Smartphone

Ilham dari dapur khusus untuk surirumah dan mereka yang work from home..

Kadang-kadang, sampai nak migrain kita cari ilham untuk shoot foto, kan? Sebenarnya, tak perlu ada gajet canggih, rumah canggih, idea canggih pun untuk bermula dan istiqomahkan.

Kita boleh sahaja bermula dari dapur kita sendiri pun. Cuba lihat senarai di bawah ini. Rasanya, semua ada di dapur rumah kita, kan? Gambar nak tulis senarai ni pun silap-silap boleh juga bawa hasil!

(1) GAMBAR API 

Alang-alang nak tunggu rebusan kentang / kukusan pau tu nak siap, shoot gambar api dapur ni pun OK. Petua dia, bila dah 'tala' lens kamera smartphone kita ke arah api tu, tekan lama-lama sikit pada gambar api di skrin fon kita tu sampai keluar tulisan AE/AF lock. Nak tambah/kurangkan kecerahan warna api tu pada gambar pun boleh dilaraskan lepas kita tekan lama-lama pada skrin tu. Cuba godek-godek sikit.

Tapi awas, jangan sampai fon dan jari pun terbakar!

 (2) GAMBAR REMPAH RATUS

Keluarkan sekejap rempah ratus dari bekas-bekas, susun elok-elok dalam senduk kayu yang ada beberapa set di dapur kita tu. Kalau tak ada, guna sudu pun boleh. Buat susunan/bentuk menggunakan peralatan dan rempah ratus tu. Tak payah susah-susah semata-mata ke kedai mahal nak beli 'expensive spices' bagai. Guna je apa yang ada di dapur. Rempah ratus kita ni pun bukannya 'cikai'. Zaman penjajah tu dulu, benda-benda inilah yang mereka kejar, kan? 
(3) GAMBAR SUDU / GARFU / PISAU 'STEAK'
Dah simpan rempah ratus dan senduk-senduk tadi? Kita cari pulalah 'cutleries set' kita. Apa tu? Alah, sudu/garfu/pisau yang kita gunakan semasa makan. Kalau tak ada, guna je lah sudu/garfu. Cari riben hiasan atau tali yang menarik, ikat set sudu tu dan cuba buat 'flatlay photo' macam ni. Mudah je. Kita tiru apa orang buat, tapi dalam konteks dapur dan peralatan yang kita ada. Jangan semata-mata keluar cari set mahal dan selepas shoot guna henfon kita, set tu kita peram dalam almari sahaja. Rugi.
(4) GAMBAR KOLEKSI CAWAN DAN MUG
Kalau ada simpan lagi set cawan/gelas/mug hadiah perkahwinan kita, susun molek-molek sebaris tepi tingkap, tambahlah props bersesuaian, tak ada props pun apa yang ada dah boleh juga dah. Yang penting, fikirkan dahulu. Kita sebenarnya nak tunjukkan apa? Kontras warna? Susunan? Terpulang. Janji ada kesenian dan gambar nampak kemas walaupun ada penggunaan bokeh effect tu. Tak ada bokeh pun boleh. 
(5) GAMBAR TELUR
Alamak, terjatuh pula telur ni tak sempat nak alihkan ke mangkuk. Jangan dibuang dan jangan pula dilepaskan moment kita dah terbuat silap di dapur ni. JANGAN pula sengaja-sengaja nak pecahkan telur letak atas kitchen counter kita ya. Ni kalau dah TERjatuhkan telur, bolehlah shoot. Kalau dah siap, boleh guna lagi telur tu untuk buat egg mask di rambut kita nanti. Simpan elok-elok dalam peti ais sampai masa nak digunakan.
(6) GAMBAR DOH
Dah siap menguli dan nak rehatkan doh (dan kita juga) boleh shoot dulu gambar dohnya tu. Ini hasil usaha kita menguli tu. Cantik ke tidak kejadiannya selepas itu tak kisahlah. Dah kita masa PKP ni lah ada banyak masa sikit nak bereksperimen dengan menu-menu baru kan? Kalau ni memang 'makanan harian' kita, sebab kita berniaga, setiap hari shoot pun tak apa. Dalam setahun, dah boleh nampak beza hasil ulian tangan kita. Macam doh ni naik dia kerana serbuk penaik/yis. Gambarnya pula 'naik' sebab cukup cahaya dan hasil edit gambar yang sederhana. Tak perlu nak edit guna HDR effect segala. 
(7) GAMBAR ROTI
Subhanallah. Kalau dah macam ni cantik kejadian doh kita, takkanlah kita tak nak usaha sikit, tambah props sesuai sikit, guna kepakaran tangan kita tabur gula serbuk atas roti ni. Ingat, dinding hitam atau manila card hitam dan cahaya asli dari tingkap pun boleh hasilkan ala-ala rembrandt effect tau kalau tahu gayanya. Cantiknya kejadian roti ni. Tengok gambar pun boleh buat kita tersenyum-senyum sampai ke sudah.
(8) GAMBAR BAHAN MASAKAN
Plan nak masak pasta pula untuk makan malam? Sebelum bahan-bahan semua dipotong/direbus, susun atas meja kayu, papan pemotong atau papan lama yang kita dah bersih/keringkan. Shoot dulu di tepi tingkap. Ingat, gambar yang menarik (tak kira apa subjeknya) perlukan cahaya asli dan mencukupi. Tak perlu 'onsemore' atau 'rodox' (tak ada kaitan dengan sebarang jenama terkenal) atau sebarang artificial light pun. Tak ada pasta, mee kuning, kuey teow dan lain-lain pun boleh. Kita 'main' dengan warna, tekstur dan lain-lain. Janji JANGAN ada PEMBAZIRAN dan kebersihan dijaga, sudah.
(9) GAMBAR JAGUNG TONGKOL
Ya kak, apa-apa yang ada di dapur tu kita boleh je jadikan subjek kamera henfon kita tu. Jagung manis kita beli di pasar tani atau yang mak bekalkan dari Sekinchan tu, kita koyakkan sikit daunnya, kita shoot dulu sebelum direbus. Cantik molek hasilnya, rasanya mesti sama best. Jangan lupa tambah garam masa merebusnya pula, Nanti tawar pula. Sama dengan gambar, tambahlah sikit edit kasi 'naik' warnanya. Yang kuning kusam biasa pun boleh jadi kuning emas warnanya.
(10) GAMBAR CILI PADI
Last but not least, gambar cili padi kak. Cantik budak kecik ni bila kita shoot dia. Naik seri sangat-sangat. Sebelum masuk peti ais, letak dalam bekas, atau atas meja, shoot dekat cili. BUKAN zoom ya, nanti gambar 'pecah'. Kita yang bawa kamera henfon tu mendekati cili ni. Spray sikit air nak beri kesan segar yang lebih. Adudu, mengancam.
Semua ilham ni tak ke mana kalau kita tak usaha dan guna. Jangan hadkan hanya dengan shoot gambar sahaja. 
Nak shoot gambar power, ada di perkongsian iniDah pandai shoot, kita edit 'naik'kan seri gambar pula. Kalau dua-dua dah power, belajar jual gambar pula
Kalau NAK, akan USAHA.
Jom kita!


Filter
10 Ilham Dari Dapur Jadi Foto (dan Wang) Guna Smartphone - Saiful Nang Academy
10 Ilham Dari Dapur Jadi Foto (dan Wang) Guna Smartphone - Saiful Nang Academy