20 Gambar Haji Yang Buat Kita Rindu Dan Sebak Sambut Raya Aidiladha Tahun Ini

Aidiladha tahun ni berbeza sekali perasaannya. Dengan kes Covid yang tak turun-turun, tidak boleh ziarah saudara mara, dan paling sedih tidak boleh tunaikan Haji.

Tahun ini tahun ke 2 jemaah Haji Malaysia tidak dapat menunaikan Haji. Bagi yang rindukan tanah Haramain dan ingin mengubati kerinduan, kami kongsikan beberapa keping gambar semasa kami menunaikan Haji di sana pada 2 tahun lepas. 

ARAFAH

 

Berwukuf di Hari Arafah. Pemandangan di dalam Khemah Wanita. Kesemuanya khusyuk memenuhi masa dengan amal ibadat sementara menanti waktu zohor. Perasaan syahdu, sebak dan syukur memenuhi diri kerana jemputan ini mungkin tidak akan dapat di rasai lagi.

Mendengar taklimat sementara menanti waktu zohor untuk solat berjemaah, ketika ini tiada beza antara Dato', Pegawai Majistret mahupun Kerani. Semuanya memakai ihram putih bukti kita ini adalah Hamba Allah.

 

Bergambar kenang-kenangan di sempadan Padang Arafah. Jika kita berada selepas sempadan ini ketika hari wukuf maka haji kita tidak akan di kira. Kebiasaannya kita akan tiba di sini sehari lebih awal. 

 

Menanti waktu melontar di Mina. Jemaah Haji Rarecation kita bekalkan dengan pakaian seragam agar tidak ada jemaah yang terpisah di dalam lautan manusia dan pergerakan juga di dalam berkumpulan.

 

Jemaah & petugas Rarecation membawa bendera Rarecation ketika melontar sebagai panduan kepada para jemaah Rarecation. Dengan Bendera ini pergerakan menjadi lebih lancar dan sukar untuk jemaah sesat.

 

Melontar Jamrah pada 11,12 & 13 Zulhijjah. Pada waktu ini tempat melontar amat luas dan lapang, namun pada waktu puncak tetap penuh. Apabila kita bergerak secara berkumpulan, melontar menjadi lebih mudah sehinggakan jemaah kami yang berkerusi roda dapat melontar dengan selesa.

 

 

Mabit (bermalam) di Muzdalifah, selepas wukuf. Waktu kita akan melihat manusia seluas mata memandang bermabit berbumbungkan langit malam. Haji ini memerlukan kesabaran dan kecekalan, di Muzdalifah ini tiada apa di sini, hanya tanah lapang dan tandas yang beratur manusia menanti giliran menggunakannya.

 

Bergambar kenang-kenangan di atas Gua Hira tempat di mana Nabi Muhammad SAW berkhalwat dan menerima wahyu pertama. Menuju ke sini, terasa kehebatan Siti Khadijah R.A berulang-alik menaiki bukit membawa makanan kepada Nabi SAW dalam membantu perjuangan Nabi SAW.

 

Kenderaan yang selesa untuk membawa jemaah membuat ziarah. Ziarah biasanya dilakukan selepas selesai semua rukun dan wajib haji sementara menanti hari untuk menuju ke Madinah. 

 

Jemaah Haji Rarecation bergambar kenang-kenangan. Semua jemaah Haji Rarecation turut diberikan sepasang baju melayu lengkap dan juga jubah seluar bagi wanita untuk keselesaan ketika di sana.

 

 

Saie antara Sarfa dan Marwa. Berjalanlah mengikut kemampuan masing-masing. Ketika Saie ini jika tidak mahu terlalu bersesak boleh naik ke tingkat 2 atau 3.

 

Tawaf di Masjidil Haram, ketika musim haji tidak digalakkan membuat tawaf secara berseorangan walaupun kita sudah seringkali melakukan umrah terutamanya bagi wanita. Pergilah dalam kumpulan kecil dan untuk mengelakkan kesesakan tawaf di tingkat 1.

  

Khemah di Mina. 

Pemandangan sebegini mungkin tidak akan kelihatan lagi kerana covid 19. Jumlah jemaah mungkin semakin terhad, mungkin akan ambil masa beberapa tahun lagi sebelum keadaan pulih seperti ini. 

 

Suasana ketika tawaf di musim haji, manusia memang padat, banyakkan bersabar dan jangan terburu buru. Tidak ada apa yang nak di kejar di sini.  Hati-hati jangan sampai kita menyakitkan orang lain dalam mengerjakan ibadah. Pahala yang kita cari tapi dosa pula yang dapat.

Bergambar di salah satu pintu masuk Masjidil Haram ketika Ziarah Dalam. Ziarah Dalam di mana jemaah akan dibawa ke lokasi-lokasi asal Rumah Nabi, Rumah Siti Khadijah dan pelbagai lokasi bersejarah yang terletak di dalam Masjidil Haram. Namun sayang semua lokasi ini tidak dipelihara oleh Pemerintah.

 

 Bergambar kenang kenangan berlatarbelakangkan Menara Jam

 

Pemandangan Masjidil Haram pada waktu malam ketika musim Haji dari Menara Jam. Bermula tahun 2019, menara jam sudah boleh dilawati dan jika kita berada di sana pada waktu solat, boleh bersolat di atas ini.

 

Perjalanan Haji yang bermakna bagi yang sudah menunaikan Haji, dan bagi yang belum berkesempatan boleh tanamkan niat untuk menunaikan Haji pada satu hari nanti. InsyaAllah dah ada niat dan seiring dengan usaha; urusan kita Allah permudahkan.  

Sementara tidak boleh nak ke sana ni, boleh dalami sains di sebalik Haji melalui pembacaan buku Travelog Haji ini. Sekurang-kurangnya kita ada idea bagaimana suasana di sana semasa Aidiladha dan kita boleh bersedia secara mental dan spiritual. Boleh klik sahaja gambar ini untuk mendapatkan buku EDISI TERHAD ini


Related Posts

6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More

Filter
20 Gambar Haji Yang Buat Kita Rindu Dan Sebak Sambut Raya Aidiladha Tahun Ini - Saiful Nang Academy
20 Gambar Haji Yang Buat Kita Rindu Dan Sebak Sambut Raya Aidiladha Tahun Ini - Saiful Nang Academy