5 Sebab Fotografi Boleh Membantu Dalam Terapi Minda dan Jiwa
Ada orang mengambil gambar sebagai koleksi peribadi. Boleh ditatap oleh anak cucu di masa hadapan.
Ada orang ambil gambar sebagai kenangan. Untuk mengimbau kembali kenangan manis yang pernah dilalui.
Ada orang mengambil gambar sebagai hobi kerana minat yang mendalam dalam dunia fotografi.
Ada orang mengambil gambar sebagai pendapatan. Samada mengambil upah mengambil gambar, menjual gambar atau sebagai aset dalam meningkatkan perniagaan.
Ada orang mengambil gambar sebagai terapi. Mengisi masa terluang agar tidak rasa terlalu sedih atau gusar dengan masalah ujian yang dilalui.
Apa pun sebabnya, melihat gambar yang cantik adalah terapi mata yang memandang.
Gambar yang cantik menjadi terapi mata. Setiap gambar ada ceritanya tersendiri. Ada soul di dalamnya tanpa perlukan penceritaan yang panjang.
Setiap gambar yang diketik umpama satu fasa dalam kehidupan. Setiap gambar yang dilihat kembali akan mengingatkan kita kepada memori tertentu. Ada gambar mengingatkan kita kembali zaman kita jatuh. Ada sesetengah gambar mengingatkan kita zaman kita sedang bangkit dari kejatuhan. Ada juga gambar merakam detik kejayaan kita.
Nakkan gambar yang cantik bukan main ketik sahaja. Ada skill yang perlu dipelajari. Boleh sahaja edit sendiri cumanya akan makan diri bila gambar yang diingini tidak menjadi.
Bila mengambil gambar, kita menjadi alpa. Seakan-akan terlupa sebentar dengan masalah yang membuku di jiwa. Kita akan jadi lebih fokus kepada perkara lain. Bonus bila gambar yang diketik tu ‘menjadi’. Masa itu kita tidak lagi berfikir tentang masalah yang bergelora di jiwa. Tidak lagi skrol memerhatikan kehidupan orang lain yang kelihatan ‘lebih baik’ di media sosial. Ketika itu, kita berada di dalam dunia kita dan objek atau sekeliling yang kita ingin rakamkan.
Itu baru mengambil gambar. Belum lagi bab edit gambar. Ada kalanya boleh menjadi asyik ketika sedang membuat editing. Jika diberi pilihan antara editing penulisan atau editing gambar, edit gambar mungkin menjadi seronok. Kita rasa bebas edit mengikut apa yang kita rasakan. Cuma jika tiada ilmu editing, silap hari bulan boleh jadi stress. Apa yang digambarkan tak capai. Nak cuba sendiri tapi makin kusut jadinya.
Yang surirumah boleh release stress.
Yang kesedihan boleh lupakan masalah seketika.
Yang sedang bosan dapat lakukan sesuatu berfaedah.
Kesimpulannya, ini 5 sebab utama bagaimana fotografi membantu dalam proses terapi:
-
Fotografi dapat memberi peluang kepada kita untuk melihat dunia secara objektif. Bila fikiran membuntu, kita akan akan melihat alam dan benda di sekeliling kita. Kita menjadi peka dengan benda di sekeliling daripada memikirkan perkara yang tersimpan di dalam minda.
-
Fotografi adalah bentuk ekspresi diri. Ia adalah terapi di mana proses editing gambar menggambarkan apa yang bayangkan atau rasa.
-
Fotografi membolehkan kita melihat dengan lihat mendalam tentang apa yang kita rasa, fikir dan lihat. Bila kita ralik melihat alam atau objek di sekeliling kita, ia menimbulkan beberapa soalan dan mengubah perspektif kita tentang kehidupan.
-
Fotografi membantu kita mengimbau pengalaman setiap hari. Setiap hari cerita hidup kita berbeza. Bila melihat foto-foto yang tersimpan, ia menggambarkan seribu satu cerita.
5. Fotografi membantu kita menjadi kreatif. Ada di antara kita kurang mahir meluahkan perasaan melalui lisan dan penulisan. Melalui fotografi, ia membantu kita berkomunikasi dengan meluahkan fikiran dan perasaan melalui foto.
Anda stress, sedih atau bosan? Mari lihat alam atau objek yang menarik. Ambil gambar tersebut. Kami boleh bantu anda bagaimana untuk mengambil gambar dengan baik. Jadikan editing gambar sebagai satu salah satu terapi yang mengasyikkan.
Jadikan fotografi sebagai terapi minda anda. Terus daftar dan mulakan terapi anda hari ini.
Penulis adalah dari supplementmama.com
Sekarang dengan hanya menggunakan henfon kita boleh dapat atau capture momen bersama yang tersayang dan pemandangan yang indah. Dengan henfon mampu milik pun boleh. Klik gambar terus untuk mendaftar!