3 Kesilapan kita selalu buat masa ambil gambar
Kita mesti ada kawan atau kita sendiri yang suka ambil gambar bila nampak view cantik dan nak rakam gambar candid dengan family. Bisanya kita terus ambil gambar lepas capai fon dari dalam poket kita. Tapi kita tak sedar ada kesilapan kita buat boleh menjejaskan gambar kita. Baca sampai habis dan kongsikan pada kawan-kawan yang suka snap gambar.
1) Tak bersihkan lens
Step paling mudah dan yang selalu orang lupa adalah, tak bersihkan lens kamera fon kita. Biasanya kita nak ambil gambar, kita capai fon dari poket dan terus snap gambar dan bila tengok balik gambar kita tak clear, ada kesan yang kita tak nampak dan tak fokus.
Antara sebabnya adalah kita pada lens kita ada kesan peluh atau kotoran dari tempat kita letak fon. Lepas ni, setiap kali nak ambil gambar je mesti ingat kena bersihkan lens dulu baru gambar kita sharp dan clear.
2) Tak fokus sebelum snap
Bila kita nak cepat ambil gambar sampai tak fokus dulu sebelum snap. Hasilnya gambar tak sharp, dan blur je. Fokus pada subjek akan menghasilkan gambar yang lebih sharp, dan kita nampak jelas details pada gambar yang kita tangkap. Bila kita terlupa nak fokuskan, gambar kita kabur, kalau kita tangkap gambar view yang cantik pun jadi blur dan tak cantik.
.
3) Zoom secara berlebihan
Pada asalnya zoom adalah sudah menjejaskan gambar, tambah lagi kalau kita zoom secara berlebihan. Gambar kita akan kelihatan pecah-pecah dan tak clear. Kalau subjek kita jauh, kita boleh pergi dekat kearah subjek ataupun ambil je gambar dengan mode biasa. Dan kalau perlu boleh crop kemudian. Kualiti gambar lebih baik dan tak pecah.
.
Buat yang suka ambil gambar dan nak belajar teknik-teknik mudah ambil gambar cantik dengan smartphone jom join kelas Smartphone Photography. Cuma rm50 sahaja untu kelas ini dan video kelas boleh diakses selama 1 bulan. boleh ulang tonton sehingga faham.
.
.