Kelebihan DSLR Berbanding Smartphone
Kamera dah beli lama dah tapi belum sempat nak explore kerana sibuk bekerja sebelum ini. Dan yang ada kamera canggih di rumah tapi sekadar mengumpul habuk elok baca ni. Fahami kelebihan DSLR/MIRORRLESS berbanding smartphone.
1. Sensor
Antara perbezaan terbesar di antara Smartphone dan kamera DSLR adalah Sensor. Hal ini kerana ‘sensor’ di kamera smartphone ukurannya lebih kecil, jadi apabila kita mengambil gambar foto yang terhasil akan lebih banyak noise (bintik-bintik kecil dalam gambar).
Jika kamera DSLR, sensornya adalah lebih tajam dan terperinci. Jadi semakin banyak cahaya yang masuk, semakin cerah gambar yang dirakam.
2. Fungsi Zoom
Antara kelemahan apabila mengambil gambar menggunakan smartphone adalah ‘zoom’. Kamera smartphone hanya menggunakan digital zoom maka gambar yang dihasilkan kelihatan kurang menonjol.
Dengan kamera DSLR, kita boleh merakam objek yang jauh dari mata kita bergantung pada saiz lensa yang kita miliki. Jadi gambar yang dihasilkan akan lebih berkualiti berbanding dengan smartphone.
3. Manual
Kebanyakan kamera smartphone menggunakan ‘auto setting’. Jika kita berada di tempat yang outdoor/indoor, maka kamera smartphone kita akan menjadi ‘auto setting’, kita tinggal untuk ‘snap & shoot’. Walaupun kamera smartphone kita mempunyai fungsi ‘professional setting’ tapi ada kawalan yang masih tidak cukup lengkap seperti kamera DSLR.
Manakala, bagi Kamera DSLR kawalan manualnya lebih menyeluruh seperti kawalan ISO, Aperture , shutter speed, white balance dan banyak lagi. Selain itu, kita juga boleh kawal kadar kemasukan cahaya dengan mengunakan kamera DSLR.
Kepada yang betul-betul ingin memanfaatkan dan memahami ilmu tentang kamera DSLR/mirrorless seperti kawalan ISO, white balance, aperture dan banyak lagi. Kita akan ‘explore’ lebih lagi di kelas online anjuran Saiful Nang Academy.
Manfaatkan kehebatan kamera yang kita ada. Time PKP ni bagus manfaatkan waktu.
Klik gambar dibawah untuk mendaftar kelas Asas Fotografi Digital