3 Rahsia Mudah Nak Ambil Gambar Reflection Menggunakan Smartphone
Air yang tenang jangan disangka tiada reflection. Selepas ini kalau jalan-jalan, berjoging, bolehla ambil gambar cantik banyak-banyak.
Kami kongsikan 3 rahsia mudah nak ambil gambar reflection menggunakan smartphone.
.
Biasa kita dengar jangan disangka air yang tenang tak ada buaya, tapi dalam fotografi, di mana ada air yang tenang di situ ada reflection. Salah satu komposisi yang kita boleh gunakan untuk menjadikan gambar kita lebh menarik dengan menggunakan reflection atau pantulan.
Dengan syarat air tu mestilah tenang. Contohnya macam air tasik dan lopak air. Ya macam cuaca sekarang, lepas hujan, kita boleh keluar rumah bila nampak lopak air boleh cuba ambil gambar dari perspektif yang berbeza. Contohnya macam gambar dekat bawah ni. Caranya dengan ambil gambar dengan angle yang rendah untuk menampakkan pantulan langit di dalam air.
2) Tiles yang berkilat
Selain daripada air, tiles yang berkilat juga boleh menghasilkan pantulan yang bagus dan menjadikan gambar kita lebih menarik. Contoh gambar dekat bawah, dengan lighting dan angle yang betul gambar reflection dengan tiles pun bleh jadi cantik.
3) Cermin
Yang ni paling common kita nampak, ambil gambar reflection menggunakan cermin. Pantang betul nampak cermin mesti nak mirror selfie. Siapa je tak ada gambar mirrir selfie sekarang ni? Kalau belum ada boleh cuba apply. Paling penting masa nak snap kena pastikan semua pandang ke kamera ye.