Smartphone Photography

Regular price RM70.00 MYR
/

INFO KELAS 
29 November 2020 (Ahad)  
9 am - 12 pm (3 jam)

  

Jangan tak percaya, gambar-gambar ni diambil dengan smartphone sahaja.

Ada momen yang hampir mustahil boleh dapat, kalau tak diambil menggunakan smartphone. Momen menarik, tak akan tunggu kita set up kamera dulu.

Sebenarnya, mudah sahaja nak hasilkan gambar-gambar setara professional dengan smartphone yang ada. Itu juga yang kita usung kemana-mana pun, walaupun ke tandas, kan? 

Sambil menuruni tangga dan disambut pemandangan yang sangat menakjubkan. Kita tak akan sempat untuk mencari kamera DSLR pun untuk dapatkan shot sebegini.  Subhanallah. Indah.
Masjid AlFalah Kg Sg Ramal Dalam yang ketika gambar ini dirakam, masih dalam pembinaan lagi. Dengan smartphone pun gambar yang dihasilkan sudah setara kamera DSLR.


Siapa yang tak mahu, shoot di belakang rumah, tapi hasilnya macam pergi 'travel oversea'.

Shot ini dilakukan menggunakan smartphone di Timah Tasoh, tapi hasilnya macam berada di Wanaka Lake, New Zealand.


Senyuman pertama anak, langkah pertama dan segala 'momen pertama' anak, kitalah juga nak merakamnya.

Kita tak akan tahu bila saatnya untuk momen ini berlaku, tapi bila ianya berlaku, smartphone jugalah penyelamatnya dan detik ini boleh kekal dalam kenangan.


Produk jualan kita, kita jugalah yang tahu citarasa bagaimana mahu ditonjolkan kepada bakal pelanggan kita. Tak perlu nak upah fotografer mahal-mahal.

"Buat biskut sahaja pun", tapi kalau kita shoot elok-elok guna smartphone dan sampai boleh orang lain teringin sangat nak membelinya dari kita, lebih bagus, kan?

Tak perlu lagi bawa kamera besar, berat dan mahal nak lilit di leher buat sakit badan. Mana sempat nak setkan aperture, exposure dan segala macam istilah teknikal yang memeningkan kepala, kan?

Dengan smartphone, kita boleh 'shoot, edit & share' terus guna smartphone yang sama. Guna editing apps percuma sahaja pula tu. 

Senja di tepi bendang selesai meronda menaiki Honda Cup. Mana sempat nak bawa kamera berat-berat. Smartphone di poket jugalah jadi penyelamat.

Sambil bawa anak ambil angin petang, capai smartphone dan shoot gambar. 

Travel solo atau berkumpulan, dah tak perlu upah fotografer mahal-mahal nak shoot gambar macam ini.

Dah tahu semua 'tips & tricks'nya nanti, mahirlah nak hasilkan gambar-gambar 'power'. 

Rahsia menghasilkan gambar-gambar setara professional dengan hanya menggunakan smartphone akan dikongsikan dalam kelas ini dan telah menjadikan ianya antara PILIHAN UTAMA peserta-peserta sejak tahun 2013 lagi.

Dah nak masuk siri ke 700 juga, penganjuran kelas Smartphone Photography ini.


APA YANG AKAN DIPELAJARI:

1. Fungsi kamera

Fahami fungsi kamera di dalam smartphone kita. Fungsi potret, grid, panorama, exposure control dan pelbagai lagi fungsi yang tak ramai orang mahu ambil tahu. Jangan risau, kita boleh gunakan sebarang jenis smartphone yang ada di tangan. Manfaatkan apa yang ada dulu. 

 

2. Pencahayaan

Ketahui bagaimana gambar kita menjadi secantik DSLR dengan memahami kualiti cahaya ketika kita mengambil gambar. Cahaya bagaimana yang membuat gambar menjadi cantik dan pada waktu bila kita boleh mendapat gambar yang cantik. 

 


 Gambar smartphone yang cantik, antara kuncinya dari pencahayaan yang baik.

3. Komposisi

Fahami teknik komposisi yang membuatkan gambar kita menjadi lebih menarik. Apa itu Rule of Third, Framing, Reflection dan Leading Line. Bagaimana untuk meletakkan elemen-elemen ini di dalam gambar kita.  

 

4. Asas Editing

Belajar bagaimana untuk mencantikkan gambar dengan teknik editing yang mudah dengan apps percuma. 

 

 

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

 

MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan memahami cara mengambil gambar yang cantik menggunakan smartphone.

 
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.


PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS
1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out"
2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email dari Saiful Nang Academy
3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.
4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
5. Setelah berjaya masuk ke kelas Live, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan
6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Community Group untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.
7. Jika terlepas sesi kelas live, tidak mengapa jangan risau. Anda masih boleh menonton semula video rakaman kelas dalam tempoh 30 hari.
8. Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN 

TESTIMONIAL