5 Aplikasi Boleh Download Dan Guna Ketika Nak Ambil Gambar Raya Guna Smartphone

Dah nama pun raya, mesti lah nak ada gambar cantik-cantik kan untuk kita simpan sebagai kenangan. Komposisi nak ambil gambar raya pun kami dah kongsikan di gambar bawah ni. Boleh klik gambar ni dan baca okay. 

Dan dalam artikel kali ini pula kami nak berikan senarai aplikasi yang boleh kita download dan guna ketika nak ambil gambar raya keluarga guna smartphone nanti. Semua aplikasi ini boleh memudahkan kita pagi raya nanti. 

1. VSCO 

VSCO ni sebelumnya dikenali dengan VSCO Cam, boleh download untuk kedua-dua mobile app iOS dan juga Android. Aplikasi ni boleh guna untuk kita ambil gambar dan juga edit gambar. Ada banyak editing tools dan preset filters yang best kat dalam ni. Tapi ada limitation lah ya. Kalau nak guna lebih kena bayar. 

2. LIGHTROOM MOBILE

Aplikasi editing yang menjadi kegemaran team Saiful Nang Academy. Apps yang powerful and senang nak guna (jika tahu bagaimana nak guna). Ada fungsi kamera manual juga. Memang best! Paling best boleh create preset sendiri dan boleh edit 100 keping gambar dalam masa 10 minit. Zup zap zup zap settle edit gambar OOTD raya keluarga! Yelah, masing-masing bila bab bergambar memang taknak kalah. Mana la tak beratus gambarnya nanti. 

3. LENS DISTORTION

Lens Distortion ni pula ialah aplikasi yang boleh memberi effect pencahayaan di dalam gambar kita. Ada banyak pilihan dan preset yang disediakan untuk memberi effect seperti dalam post-production. Yang best dalam aplikasi ni ialah ianya memberi kekuatan cahaya yang menarik dan memberi elemen semulajadi dan boleh fine-tune details, elements dan komposisi yang ada dalam gambar. 

4. SNAPSEED

Snapseed ni pula aplikasi untuk foto editing yang best juga. Ada banyak fungsi yang menarik ditawarkan oleh aplikasi ini contohnya seperti nak hilangkan jerawat, atau nak main warna di sesetengah point di dalam gambar kita. Nak hasilkan effect bokeh (blurry background) dalam gambar pun boleh juga gunakan apps ini. 

5. PHOTO COLLAGE

Photo collage apps ni ada banyak, dan ini antara salah satunya lah. Photo collage ni yang bagusnya ialah kita tak perlu nak upload semua puluhan gambar dan spam timeline Instagram atau Facebook kita. Dari photo collage ni juga kita boleh create 'story' yang menarik. Kalau taknak guna apps ni pun tak apa, boleh juga guna features yang dah ada di Instagram Story --> Layout. Ada banyak juga pilihan dan design photo collage yang ada dalam tu.

Semua tips kami dah kongsikan, tapi kalau tak pandai nak guna aplikasi foto editing ni dan tak pandai nak ambil gambar, tetap tak jadi cantik juga gambar raya kita. Hehe. Masih sempat lagi nak belajar dan tambah ilmu bagaimana nak ambil gambar raya cantik-cantik guna smartphone. Edit pun guna smartphone jer. Kita ajar edit gambar guna aplikasi Lightroom Mobile dan Snapseed. Nak cerahkan gambar, nak hilangkan jerawat, nak tukar warna baju dari pink ke oren, semua kita akan ajarkan nanti dalam kelas minggu ini. Boleh klik sahaja gambar di bawah ini ya untuk register. 

 


Related Posts

6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More

Filter