5 Instagrammable Hotspot Di Selangor

Beberapa minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan yang Pelancongan Dalam Negeri Yang Sama Kini DIBENARKAN termasuklah Selangor dengan pematuhan SOP yang ketat.

Jadi, ramai yang mula merancang untuk keluar beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan setelah lama "berkurung" dalam rumah.

Tak perlu pergi jauh-jauh untuk menambah stok gambar yang semakin berkurang semasa PKP tempohari. Di Selangor pun ada.

Batu Caves



Dah lain sangat Batu Cave jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Satu transformasi yang unik dimana sebanyak 272 anak tangganya dicat dengan berwarna-warni. Taklah rasa penat kalau nak mendaki anak tangga yang beratus tu sambil ambil gambar sebagai koleksi.

Sky Mirror, Kuala Selangor


Digelar juga Cermin Langit kerana ia mempunyai pantulan langit seperti Cermin. Pasti yang sampai ke sana akan terpesona dengan keindahan pulau tersebut. Yang menariknya, pulau ini hanya akan muncul beberapa hari setiap bulan. Jadi perlu rancang betul-betul supaya tak kecewa bila sampai ke sana nanti. Masa terbaik untuk dikunjungi adalah sebelum matahari terbenam untuk mendapatkan gambar terbaik. Pengangkutan utama dari jeti ke Sky Mirror adalah menggunakan bot yang mengambil masa 30 minit perjalanannya. Sebenarnya di jeti itu sendiri sudah nampak menarik dan berwarna-warni selepas kerja-kerja baikpulih dilakukan.

Elmina Valley Park



Salah satu instagrammable "hotspot" di Shah Alam yang menjadi perhatian sekarang adalah Elmina Valley Park yang terletak di Elmina City. Taman ini terkenal di kalangan penduduk setempat kerana mempunyai pemandangan dan binaan yang unik seperti laluan pejalan kaki seperti pelangi dan jambatan ikoniknya.

Sangat sesuai untuk membawa keluarga datang beriadah bersama.

Sekinchan Paddy Fields


Yang rindukan suasana kampung bolehlah ke Sekinchan. Jika musim padi, lanskap hijau kuning yang terbentang indah ini menjadi tumpuan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari luar. Mana taknya, pemandangannya seluas mata memandang. Dapat ambil gambar di celah-celah kehijauan padi, pasti bertambah cantik. Tapi sebelum ke sini kena tahu dulu waktu padi sedang menghijau.


Laman Tebu Aidil Orked


Lokasi riadah yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan. Melayan pemandangan ladang tebu dan sawah padi sambil menikmati air tebu yang segar dari ladang. Deretan pokok tebu tersusun di sini pun cantik kalau nak dijadikan tempat bergambar. Selain daripada air tebu, pelbagai lagi juadah ringan dijual disini.

Kami percaya, pasti ada lagi lokasi yang menarik dan unik di Selangor ni. Boleh rancang lagi selepas ini untuk tambah stok gambar dan sebagai kenangan.

Untuk stok gambar, pasti nak gambar yang cantik. Rugi juga kalau dah kesana tapi kebanyakan gambar 'blur' dan tak menarik. Asah kemahiran shoot foto di kelas Smartphone Photography dan kemhairan edit foto di kelas Smartphone Editing. Pasti tak rugi bila henfon penuh gambar yang cantik.

Klik pakej Photography di bawah untuk lebih penjimatan:

 


Related Posts

Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More

Filter
5 Instagrammable Hotspot Di Selangor
5 Instagrammable Hotspot Di Selangor