5 Smartphone Terbaik 2020 Untuk Fotografi

Fotografi sekarang dah mudah sangat dengan smartphone. Banyak smartphone yang bukan saja ada 2,3 tapi ada juga yang 4 jenis lens. Performances setiap smartphone pun semakin baik. Kalau dulu nak ambil gambar orang ramai atau tempat yang luas kita kena kebelakang untuk dapatkan framing yang betul, tapi sekarang dengan wide angle, ambil gambar ramai orang pun boleh muat.
.
Belum masuk lagi bab stability video yang sekarang kalau rakam dari atas jalan tak berturap pun tak bergegar video kita. Kalau tempat malap sikit, sekarang ambil gambar low light pun dah jelas. Ada noise sikit-sikit tu biasalah, boleh edit dekat lightroom. Ada juga fon yang memang tak ada noise, gambar low light pun sharp.
.
Di sini kita kongsikan 5 smartphone terbaik untuk fotografi tahun 2020. Ini adalah dari view fotografi dan kelebihan yang tiada pada smartphone lain.
.
1) Huawei Mate 40 Pro
.
Walaupun tak ada Google Play, Mate 40 Pro ini adalah salah satu smartphone yang mempunya kamera yang terbaik. Kamera biasa dan Ultra-Wide angle kelihatan sangat sempurna dalam keadaan cahaya biasa dan juga low-light. Walaupun fokus dalam keadaan low-light, gambarnya tetap sharp dan jelas.
.
(Image Credit : Huawei)
.
.
2)  iPhone 12 Pro Max
.
Perbezaan yang ketara antara iPhone 12 Pro Max adik beradik iPhone 12 yang lain adalah iPhone 12 Pro Max mempunya LiDAR Scanner yang sangat membantu dalam mengambil gambar Night Mode Portarait. Selain daripada kualiti gambar Low-Light yang cemerlang, fungsi Night Mode juga boleh digunakan dalam keadaan biasa dan juga Ultra-Wide sensor.
.

.
3) Google Pixel 5
.
Berbeza dengan smartphone yang dilengkapi 3 atau 4 lens, Google Pixel 5 ini hanya mempunyai 2 lens iaitu untuk Wide dan Ultra-Wide lens. Walaupun cuma 2 lens, kualiti gambar Google Pixel yang dihasilkan dah terbukti sangat detail dan warna yang jelas. Namun dalam keadaan low light, kualiti gambar akan sedikit terjejas berbanding pada waktu pencahayaan yang terang dan gambar yang terhasil menggunakan Ultra-Wide lens kelihatan ada distortion.
.
(Image credit: Google Store)
.
.
4) Samsung Galaxy Note 20 Ultra
.
Kelebihan pada Night Mode atau Pro Mode mode, kamera Samsung Galaxy Note 20 Ultra sangat memberangsangkan. Kawalan manual ketika merakam video dan fotonya yang menjadi kelainan Samsung Galaxy Note 20 Ultra dengan Note 20 yang lain.
.
(Image credit: Samsung)
.
.
5) One Plus 8 Pro
.
Kameranya menggabungkan sensor 48MP terbaru Sony, dan penambah baikan pada Night Mode, walaupun dalam keadaan low light gambar yang dirakam kelihatan cantik dan sharp.
.
(Image Credit: One Plus)
.
Asasnya, kalau guna smartphone yang paling hebat sekali pun tapi skil kita masih di tahap yang lama tak guna juga kita upgrade. Jom kita improve skil fotografi join kelas Smartphone Landscape Photography.

Saya nak belajar cara ambil gambar landscape guna fon



Filter
5 Smartphone Terbaik 2020 Untuk Fotografi - Saiful Nang Academy
5 Smartphone Terbaik 2020 Untuk Fotografi - Saiful Nang Academy