Kenali Jenis-Jenis Kamera

Bak kata pepatah melayu,'tak kenal maka tak cinta'
.
Jadi untuk tajuk entri hari ini adalah mengenali jenis-jenis kamera supaya kita jatuh cinta dalam bidang fotografi ini.
.
.

1.Camera Compact (Kamera kompak)
Kamera kompak (Compact camera) sangat dikenali oleh orang awam kerana ianya murah dan ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
.
Kelebihan kamera kompak ini anda tidak perlu risau tentang ‘setting’ sebab semuanya telah dilaraskan secara automatik. Anda cuma perlu fokus pada subjek dan ‘shoot’ sahaja.

.

2. Single Lens Reflex Camera (Kamera SLR)
Kamera SLR (Single Lens Reflex) atau Kamera refleksi lensa tunggal adalah kamera yang menggunakan sistem 'single-lane lens lines'.
.
Kamera SLR juga mengandungi filem, kita cuma boleh menyimpan maksimum 36 imej sebelum perlu menggantikannya dengan yang baru.

.

3. Digital Single Lens Reflect Camera (kamera DSLR)
Antara kelebihan kamera DSLR (Digital Single Lens Reflect) ini berbanding kamera biasa adalah ianya mempunyai sensor dan daya ketahanan 'body' yang tinggi.
.
Selain itu, pengguna juga dapat menetapkan kawalan ‘exposure’ seperti ‘ISO’, ‘aperture’ dan ‘shutter speed’.
.
Bukan itu sahaja, malah dapat menukar lens mengikut kesesuaian yang bergantung pada situasi.

.

4. Mirrorless Camera
Kamera Mirrorless ataupun Mirrorless Interchangeable-Lens Camera (MILC) adalah salah satu sistem kamera digital yang mula meningkatkan naik pada masa kini.
.
Fungsinya hampir sama seperti kamera DSLR, namun MILC tidak menggunakan cermin pada sistemnya.
.
Walaupun saiz kamera ini lebih kecil berbanding DSLR tapi lensnya boleh bertukar seperti kamera DSLR. Menarik bukan?

Haaa, kalau ada yang tanya kamera apa yang paling sesuai untuk beginner atau professional. Susah kami nak bagi jawapan sebab masing-masing ada pilihan tertentu ada yang suka Canon, Lumix, Sony, Olympus dan Nikon.
.
Bergantung kepada kemampuan dan keselesaan pengguna.
.
Pastikan kita khatamkan dulu maklumat penting tentang kawalan kamera supaya nanti kita taklah terkial-kial nak cari dan cara guna kamera yang mana.

Jom pelajari lebih lanjut tentang kawalan kamera di kelas online Asas Fotografi Digital

klik disini untuk join kelas Asas Fotografi Digital



Filter
Kenali Jenis-Jenis Kamera - Saiful Nang Academy
Kenali Jenis-Jenis Kamera - Saiful Nang Academy