Baru Lepas Kelas Menang RM4000 Putrajaya Photo Contest
Ini foto yang dibidik oleh Syufaat Yazid, seorang anak asnaf yang dibesarkan di sebuah rumah kebajikan anak yatim dan asnaf yang baru sahaja habis belajar asas fotografi digital dengan kamera yang beliau tak yakini keupayaannya. Separuh hari belajar asas kamera yang telah lama dimiliki, hasilnya berjaya memenangi RM4000 sebagai penyandang tempat pertama Putrajaya Tourism Photo Contest yang lalu.
.
Ceritanya, gambar ini diambil pada waktu pagi menurut pesan cikgu asas fotografinya momen dipanggil Golden Hour. Tak merancang untuk menang tapi sekadar latihan mengasah mata dengan membawa anak-anak yatim dan asnaf di rumah kebajikan yang sama untuk menjadi model. Idea ringkas, dirakam dengan lensa pinjam dan diedit hanya menggunakan smartphone membuahkan hasil apabila diumum sebagai johan dalam pertandingan fotografi yang berprestij di Malaysia.
.
Selain foto ini, beliau juga menghantar beberapa foto seumpamanya juga seperti di bawah namun hanya satu dinobat sebagai juara memandangkan yang lain mempunyai kesinambungan yang sama dengan foto ini.
Foto ini juga dihantar namun tidak mendapat nasib yang baik.
Semasa majlis penyampaian hadiah di Putrajaya
Foto Syafaat Yazid masih tersemat kemas dalam galeri pemenang di Facebook penganjur
.
"SAYA BELAJAR ASAS KAMERA DIGITAL DAN BELAJAR EDIT PANTAS GUNA SMARTPHONE, KEMUDIAN SAYA SHOOT -- ALHAMDULILLAH
MENANG"
.
Jika ada kamera hebat, tapi asasnya salah manakan nak dapat gambar yang cantik. Boleh jadi kamera cabuk smartphone boleh ambil foto lebih baik lagi dengan asas dan seni yang betul.
.
Kami nak tawarkan 2 kelas yang Syafaat Yazid sertai ini secara online Ahad ini 6 Jun 2021 berharga RM70 x 2 kelas = RM140 TETAPI UNTUK KELAS MINGGU INI KAMI BERI 2 KELAS INI HANYA PADA HARGA RM100