Framing Buat Gambar Lagi Cantik
Hari tu ada scroll Facebook dan ternampak la pasal framing. Nak buat sharing sikit pasal komposisi 'FRAMING'.
Apa fungsi framing ni? Fungsi dia nak tarik mata audience lebih tumpu pada subjek kita. Bagi subjek kita nampak lagi POPUP macam tu. Kalau macam kita tangkap full terlalu banyak subjek untuk kita fokus.
Dah tahu apa fungsi framing, macam mana nak buat komposisi ni? Antara cara yang boleh kita buat framing ialah :
1. GUNAKAN ORANG SEBAGAI FRAMING
Kalau saya, untuk dapatkan komposisi framing saya akan tangkap gambar di celah antara dua orang dan fokuskan pada subjek. Contoh macam gambar pengantin tengah makeup ni. Gambar nampak lebih tertumpu pada pengantin.
2. LUBANG/TINGKAP
Antara cara mudah untuk dapatkan framing pakai lubang atau tingkap. Untuk gambar kedua tu saya gunakan lubang corak dinding di Masjid Negara, Kuala Lumpur untuk dapatkan kubah bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.
3. TANGGA
Tangkap gambar dekat tangga pun boleh jadi menarik. Selain boleh dapat leading line boleh juga kita buat framing. Untuk gambar ketiga tu saya gunakan celahan tangga untuk dijadikan framing.
Ini antara teknik framing yang boleh digunakan untuk buat gambar nampak lebih menarik.
Nak belajar lebih untuk tangkap gambar dan kenal komposisi boleh la join kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY. Dalam kelas ni nanti sifu-sifu akan terangkan lebih detail mengenai komposisi gambar. Apa-apa pon selamat mencuba dan teruskan explore untuk hasilkan gambar yang menarik.
Boleh rujuk JADUAL JANUARI 2022 untuk lebih manfaat dari smartphone kita :
HARI | TARIKH | MASA | KELAS |
SABTU | 8 JANUARI 2022 | |
9.00am - 12.00pm | Smartphone Photography |
2.00pm - 5.00pm | Smartphone Photo Editing |
AHAD | 9 JANUARI 2022 | |
10.00am - 11.00am (Sesi Live Q&A) | Fotowang |
Untuk lebih penjimatan dan mantapkan lagi skill shoot dan edit gambar, boleh mendaftar Pakej Lengkap Fotografi. Klik gambar dibawah untuk sertai kelas: