Gambar Ambil Guna Smartphone Pun Boleh Nampak Pro Kalau Tahu Tekniknya

"Macam mana nak tangkap gambar nampak menarik ye?"
"Susahnya nak dapat leading line ni."

Bila nak tangkap gambar siapa selalu ada problem macam ni? Saya yang ambil gambar wedding pun selalu ada masalah nak cari komposisi ni. Tapi ada satu komposisi memang mudah nak buat. Nampak simple je tapi boleh jadikan gambar nampak lagi menarik.

Saya akan mulakan warm up dengan komposisi Rule of Third atau bahasa mudahnya RO3. Bila dah start komposisi ni baru idea untuk komposisi lain akan datang. Saya kongsikan beberapa sebab mengapa komposisi Rule of Third ini antara kegemaran saya.

1. CARA DAPATKAN GAMBAR RULE OF THIRD

Macam mana nak dapatkan gambar rule of third ni senang je. Kita berpandukan pada grid time kita tangkap gambar. Subjek kita kena berada dekat titik pertemuan grid tu. Dah jadi komposisi rule of third. Tapi pastikan subjek tidak rapat dengan border gambar. Bagi ruang sikit pada subjek supaya ada ruang bernafas.

Kat mana nak tengok grid line tu? 

Di camera henfon kita jer. Kalau iPhone, perlu ke setting >> camera >> grid. Kalau henfon Android pula, cuba check setting di camera tu. Kebanyakan henfon keluaran 4,5 tahun ini sudah ada fungsi grid line ni.

2. KOMPOSISI BASIC DAN SENANG


Kalau nak tahu, komposisi Rules of Third ni antara komposisi yang paling mudah nak buat. Hanya perlu letakkan subjek kita pada titik pertemuan grid saja. Contoh seperti gambar di atas ni. Subjek anak kecil 2 orang itu saya letakkan di garisan pertemuan grid line. 

3. BERGUNA BILA NAK DESIGN POSTER


Antara sebab saya akan banyakkan guna komposisi Rule of Third ni sebab memudahkan saya sendiri untuk design poster. Contoh macam nak design quotes atau poster produk. Font design tidak kacau subjek dalam gambar. Ruang kosong yang ada tu kita panggil negative space.

Sekarang ni dengan menggunakan henfon saja pun dah boleh aplikasikan Rule of Third ni. Tak perlukan extra prop untuk ambil gambar gunakan komposisi ni - boleh je gunakan subjek yang ada di sekeliling kita saja. Orang cakap practise makes perfect.

Di kelas Smartphone Photography, selain rule of third, kami akan ajarkan juga fungsi-fungsi yang ada dalam camera henfon kita tu, tentang pencahayaan, komposisi mudah dan best yang lain, exposure control dan tips lain nak ambil gambar cantik guna henfon. Dah ambil gambar, mesti nak gambar tu kita nak bagi nampak 'hidup' kan. Yang itu boleh belajar di kelas Smartphone Photo Editing. Bukan sahaja kelas online, tapi sekarang ni KELAS FIZIKAL pun dah ada. Paling dekat 28 januari ni. Apalagi, daftar cepat!

Dah belajar ambil gambar cantik, jangan tak tahu gambar tu pun kita boleh jual juga di stok foto secara online. Jual beli dalam nilai USD. Memang best! Nak belajar yang ni boleh masuk kelas Fotowang. Cikgu kita gambarnya dah pernah terjual hingga 500 kali sepanjang upload di apps tu. Boleh laa buat duit poket sikit. Gambar yang terjual itu lebih baik dari 1000 Likes di Instagram. Betul tak? Boleh klik saja "ADD SELECTED TO CART" di bawah ni untuk masuk kelas..


Related Posts

3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Keindahan Fotografi Hitam Putih
Gambar oleh Jeremy Bishop Dalam era moden ini, kita sedar perubahan di sekeliling kita banyak berlaku mengikut pereda...
Read More

Filter
Gambar Ambil Guna Smartphone Pun Boleh Nampak Pro Kalau Tahu Tekniknya
Gambar Ambil Guna Smartphone Pun Boleh Nampak Pro Kalau Tahu Tekniknya