Ibu Ambil Gambar di Belakang Rumah Pakai Smartphone Disangka Guna Khidmat Profesional Photographer

Mak-mak tak sah kalau tak ada 'segunung' koleksi gambar anak, kan? Tapi boleh ke pastikan gambar 'segunung' tu semuanya yang cantik-cantik walaupun guna smartphone je? Boleh. (Teruskan membaca sehingga habis sebab ada 'HADIAH' menanti!)

Tak kira di mana dan dalam apa juga situasi, pasti akan menyuruh anak-anaknya buat 'pose' begini dan begitu, "buat bekal kenang-kenangan".
Memang betul, kalau bukan ibunya sendiri, siapa lagi yang nak ambil gambar anak tu kan? 

Sebenarnya, tak perlu pergi jauh pun kalau nak rakam gambar anak cantik-cantik, walaupun guna smartphone yang ada. Ada yang dah hampir setara dengan hasil kamera.

Semasa bawa anak ke belakang rumah main buaian tu, gunakan sahaja lokasi yang ada untuk ambil gambar anak. Pakaikan pakaian berwarna terang atau kontras, bertambah naik seri lagi gambar anak jadinya di tengah-tengah kehijauan dedaunan dan pokok-pokok di belakang rumah.Gunakan dedaunan yang banyak tu sebagai framing untuk memfokuskan subjek foto kita, iaitu anak kita sendiri. Siapa kata guna smartphone tak boleh dapat gambar cantik macam ni?
Sambil ajarkan anak nama-nama tumbuhan yang ada di belakang rumah, rakamlah gambar anak tu juga guna smartphone. Kalau ada benih pokok yang ditanam mereka, gambar boleh dijadikan penanda aras untuk tahu perkembangan tumbesaran anak pokok, selain tumbesaran anak tu sendiri. Kita tengok, sebaik mana perbezaan tumbesaran mereka. Cukup 'baja' kasih sayang, cukup baiklah tumbesarannya nanti.
Anak gembira, ibubapa jugalah yang bahagia. Momen seperti begini jangan dilepaskan. Anak nak senyum/tergelak, mana ada tunggu kita set up kamera. Guna je smartphone yang ada. Ada masa suka dan ada masa duka yang terakam pasti akan lebih dihargai bila nanti mereka dalam keadaan sebaliknya. Boleh jadi sumber gelak-tawa juga satu masa nanti.
Manis senyuman anak yang sempat si ibu rakam, walaupun di tengah panas matahari pagi. Persekitaran yang segar dan cuaca yang baik, boleh jadi lokasi penggambaran terbaik. Anak pun jadi bertambah gembira bila ibunya pandai ambil gambar cantik guna smartphone!
Waah, gambar ini nampak 'hidup' dengan 'catchlight' yang ada pada bebola mata anak dalam gambar ini. Menarik sekali kerana mood anak yang nampak lebih aktif dan bertenaga dapat dirakam dengan smartphone.

Macam manalah orang tak sangka gambar shoot dari smartphone ni macam kita upah professional photographer, ada elemen-elemen fotografi dalam gambar-gambar anak kita. Macam dalam gambar ni, ada 'leading line', siap! Macam mana ibu tahu? Eh mestilah sebab dah ada ilmu. Barulah 'nampak pro' walaupun ibu banyak duduk di rumah dengan anak saja. Ilmu shoot gambar cantik guna smartphone dari kelas online SAIFUL NANG ACADEMY kan ada!

Kalau selepas PKP/Covid19 reda nanti anak pergi lawatan sambil belajar ke mana-mana ke, atau kita ada buat majlis jemput anak-anak makan bersama di laman belakang rumah, boleh juga ambil gambar anak dan kawan-kawan tak perlu upah orang mahal-mahal sebab dah boleh shoot guna smartphone sendiri. Kos penyertaan sertai lawatan / penganjuran majlis pun dapat kita kurangkan dengan kemahiran ibu sendiri rakam gambar cantik anak.

Kalau ibu nak gambar anak cantik walaupun di sekolah, ajak cikgu-cikgu sekali belajar ilmu fotografi guna smartphone ni. Gambar anak cikgu, dengan gambar anak murid cikgu pun semua boleh jadi lebih cantik lepas ni.

Ibu-ibu, anak-anak kita comel semuanya. Jangan lepaskan momen-momen menarik bersama anak dalam hidup dan rakam semuanya. Guna smartphone yang ada pun cukup. Tambah sikit edit guna editing apps percuma untuk naikkan lagi seri gambar anak tu. Mudah sangat!
Anak kecil kita tak akan kekal kecil selamanya. Rugi kalau ibu-ibu tak rakam perkembangan tumbesaran anak guna smartphone yang ada. Jom tambah ilmu, sampai kita shoot guna smartphone tapi orang ingat kita upah professional photographer!
Tekan terus link pada gambar di bawah ini:

 



Filter
Ibu Ambil Gambar di Belakang Rumah Pakai Smartphone Disangka Guna Khidmat Profesional Photographer - Saiful Nang Academy
Ibu Ambil Gambar di Belakang Rumah Pakai Smartphone Disangka Guna Khidmat Profesional Photographer - Saiful Nang Academy