Ini Rahsia Buat Gambar Air Mengalir Macam Kapas

Pernah tak kita tengok gambar lanskap tepi pantai ke, air terjun ke, atau sungai yang air dia nampak mengalir halus mulus? Nampak menarik bila dapat hasilkan gambar lanskap macam tu, kan?


Sebelum kita belajar macam mana nak buat gambar macam tu, kita kena tahu apa tu shutter speed. Shutter speed ni tempoh masa cahaya masuk dalam sensor kamera kita.
.
Bila sensor terdedah lama dengan cahaya, ianya akan menghasilkan 'motion blur'. Lagi lama sensor terdedah dengan cahaya, lagi banyaklah 'motion blur' terhasil.

OK, sekarang kita dah tahu 'shutter speed' tu apa, mari kita belajar macam mana nak hasilkan gambar air untuk nampak selembut, sehalus kapas. Kalau pakai smartphone boleh ke buat? Boleh!

.

1) GUNA TRIPOD

Nak buat gambar motion blur ni, TRIPOD ni benda paling penting. Kalau tak ada tripod gambar kita bukan setakat air jadi blur, dengan kita-kita sekali jadi blur dan tak tau apa yang kita dah shoot. TRIPOD ni bantu kita untuk kekalkan camera jadi stabil dan menghasilkan gambar yang sharp. Pastikan tripod yang kita pakai kukuh, dan tempat kita nak shoot tu dalam keadaan rata.

2) SETTING CAMERA

Untuk DSLR/Mirrorless users, setting penting yang perlu kita laraskan ialah shutter speed. Nak hasilkan gambar ni, kita perlu guna shutter speed yang paling lama.

Setting shutter untuk dapatkan effect ni adalah 1/50 ke bawah. Lagi lama shutter tu kita buka, lagi membayu la effect air yang terhasil. Macam mana nak dapat shutter lama ni? Kita perlu gunakan ISO paling rendah dalam 100 dan Aperture paling besar f22. Nak lebih membantu kita dapatkan shutter rendah, kita boleh pakai ND filter pada lens. Boleh ke nak buat, kalau guna smartphone? Boleh, kita perlu guna mode professional kalau nak hasilkan gambar jenis ini. Kenapa? Sebab mode ni kita boleh control shutter setting nya.

3) CAHAYA

Kalau tempat yang terbuka macam dekat tepi pantai, masa sesuai untuk buat gambar macam ni waktu sunrise dengan sunset. Sebab masa ni cahaya tak terang sangat dan senang korang nak dapatkan shutter speed yang lama. Kalau buat dekat sungai atau air terjun, cari tempat yang gelap atau kurang cahaya.

Sekian tips macam mana korang nak hasilkan gambar air jadi kabus. Tips penting yang perlu ada ialah teruskan bereksperimen dan belajar hasilkan gambar yang menarik kerana apa yang ada disekeliling kita adalah landskap.

Kalau betul tekniknya, keluar rumah pun dah boleh dapat gambar landskap yang "wow". Tambahan pula, sekarang hanya menggunakan henfon saja. Di kelas smartphone landscape, kami akan ajarkan lebih mendalam cara shoot dan edit foto lanskap. Klik pada gambar di bawah untuk mendaftar.

Sekarang kita menyediakan pakej kaki Foto Lanskap untuk lebih penjimatan. Ada 3 kelas dengan harga RM150 sahaja. Atau nak LEBIH JIMAT, sertai Pakej Lengkap Fotografi, RM200 sahaja. 

AHAD | 17 APRIL 2022
10.00am - 11.00am (Sesi Live Q&A) Fotowang
SABTU | 23 APRIL 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Photography
2.00pm - 5.00pm Smartphone Photo Editing
AHAD | 24 APRIL 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Landscape Photography
.
Daftar terus dengan menekan mana-mana gambar disini SEKARANG, sebelum tamat promosi.

Related Posts

6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More

Filter
Ini Rahsia Buat Gambar Air Terjun Macam Kapas - Saiful Nang Academy
Ini Rahsia Buat Gambar Air Terjun Macam Kapas - Saiful Nang Academy