Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik

.
Nampak macam simple tapi kalau kita elak kesilapan-kesilapan ini, gambar kita boleh jadi cantik. Tak kira pakai henfon apa pun. Kalau dah pakai fon mahal pun tapi masih buat silap ni jugak, wajib belajar cara ambil gambar dengan smartphone dekat sini bagi berbaloi pelaburan beli smartphone kita tu.
.
Tak pun kita mesti ada kawan yang main tekan je bila nak ambil gambar. Kira 1,2,3 pun tidak. Tahu-tahu je dah siap. Sila tag kawan-kawan kita yang selalu buat silap ni.
.
.
1) Jangan guna flash light phone
.
Paling pantang bila ambil gambar guna flash light phone. Sebab flash light fon kita akan menyebabkan lighting gambar kita jadi flat dan tak ada texture.Paling bagus gunakan natural lighting iaitu matahari.
.
Lebih baik gambar kita sedikit gelap sebab kita boleh cerahkan semasa edit. Kalau asal gamabr kita dan over exposure, agak susah masa editing nanti.
.
.
2) Tak fokus sebelum snap.
.
Nak ambil gambar kita kena tenang. Tak boleh terburu-buru. Nanti gambar kita blur. Kamera tak sempat nak fokus kita terus snap. Sayang sangat kalau moment tu sangat berharga tapi gambar kita blur. Bila tengok balik gambar, view cantik pun tak nampak kalau gambar kita kabur.
.
Sebaiknya, bila nak ambil gambar, bukak kamera. Bagi arahan kepda subjek untuk sedia dan kita snap. Biasa orang buat, kira 1,2,3.
.
.
3) Tak compose gambar bagi menonjolkan subjek.
.
Compose tu apa? Dalam bahasa mudah, Composition adalah kita elemen yang boleh kita gunakan untuk menonjolkan subjek dalam gambar kita. Ada banyak elemen yang boleh kita gunakan, antaranya leading line, rule of third, framing dan banyak lagi.
.
Contoh dalam gambar ni, kita ada element framing, foreground dan apa lagi? Ada yang boleh teka?
.
Kalau nak tahu macam mana nak compose bagi gambar cantik tengok dekat sini
.
.
4) Jangan silap potong subjek.
.
Sebelum kita snap, kita kena tahu framing yang sesuai dengan subjek kita. Kalau tak masukkan full body shot, pastikan kita tak potong subjek pada sendi mereka. Nanti akan nampak pelik.
.
Kalau nak close up macam gambar ni, kita framing kan subjek bahagian atas badan. Contoh lain, kita boleh juga ambil gambar dari bahagian betis ke atas, jangan potong subjek dari lutut mereka.
.
.
5) Jangan over edit.
.
Editing adalah bahagian di mana kita enhance warna dalam gambar kita. Jangan risau kalau gambar asal kita nampak dull atau suram je sebab kita boleh naikkan warna dalam gambar tu. kalau nampak sedikit gelap, boleh tambah exposure, nak cerahkan bahagian yang gelap dalam gambar pun boleh.
.
Ya, nak edit gambar sekarang dah mudah. Pakai smartphone pun dah boleh. Cuma kena tahu je part mana yang patut kita enhance dan apa yang patut kita kurangkan.
.
Siapa yang belum tahu macam mana nak edit gambar guna fon, boleh tengok dekat sini.
.
Setakat ini dulu sharing kali ni. Nantikan tips shoot gambar yang lain pulak. Kalau tahu tips je tapi masih tak reti nak apply, boleh sertai kelas untuk tengok sendiri cara aplikasikan apa yang kita kongsikan dia atas. Barulah boleh improve skil kita.
.
 

Saya nak belajar teknik ambil gambar cantik dengan henfon

Saya nak tahu macam mana nak edit gambar pakai smartphone



Filter
Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik - Saiful Nang Academy
Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik - Saiful Nang Academy