3 Aktiviti Untuk Anak Lebih Seronok Berpuasa


Alhamdulillah syukur kita bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Pastinya semua berazam untuk jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Begitu juga pada ibubapa yang bersemangat didik anak untuk berpuasa tahun ini.

Jadikan ibadah puasa pada anak ini sesuatu yang enjoy untuk mereka lakukan dan bukan kerana terpaksa. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk jadikan pendidikan puasa pada mereka ini sesuatu yg fun seperti di berikut:

1. Bercerita & kuiz

Selain dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak, aktiviti ini juga dapat menambah dan memberi kefahaman pada anak terhadap ibadah yang mereka lakukan.

2. Kreatif di dapur

Jadikan dapur sebagai ruangan anak berkreativiti juga, bermula dengan menyediakan juadah yang mudah - mudah seperti kuih - muih atau minuman berbuka puasa. Boleh juga beri peluang pada mereka untuk membuat hidangan di meja makan, dari situ juga mereka boleh belajar susun atur meja makan yang kreatif. 

3. Aktiviti seni

Bagi mengelakkan anak rasa bosan selanjang hari berpuasa, bolehlah galakkan mereka untuk melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Boleh juga minta mereka ceritakan pengalaman puasa mereka dalam bentuk lukisan. Nak lebih hebat lagi, buat komik terus, mesti menarik!

Selain itu juga boleh juga hasilkan kad raya kreatif untuk keluarga atau kawan - kawan, mesti mereka suka, kan?

Selamat mencuba!

Semoga anak - anak enjoy dengan ibadah puasa yang dilakukan, mudah - mudahan amalan kita semua diterima dan diberkati olehNya.

Bagi ibubapa yang berminat galakkan anak lakukan aktiviti seni, boleh daftarkan ke kelas seni Artman bersama kami 23 & 24 April ini. Klik ADD SELECTED TO CART di bawah untuk daftar dan dapatkan harga diskaun mengikut pakej yang disediakan


Related Posts

Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More

Filter
3 Aktiviti Untuk Anak Lebih Seronok Berpuasa
3 Aktiviti Untuk Anak Lebih Seronok Berpuasa