AJAR ANAK MELUKIS WALAUPUN NAK JADI JURUTERA KAPAL

Kalau susah nak buat orang faham apa kita tulis, kita lukis jer walaupun lukisan tu kita sorang sahaja yang faham. Permulaan, ok dulu sampai situ. Slow-slow kita improve. Sebenarnya betul. Idea sebijak mana, visi sedasyat mana kalau hanya kita yang faham, kita akhirnya jalan sorang-sorang. Akhirnya kita penat macam tu jer dan “balik awal”.
Dulu semasa SPM saya nak sangat ambil lukisan. Tapi masa tu asrama Felda Semai Bakti kata
.
“Kau top performer sains tulen, tak perlu lukisan nanti mengganggu fokus kau”.
.
Itu kata-kata dari seorang yang mungkin tak faham. Tapi saya masuk juga kelas-kelas lukisan tu curi-curi kadang-kadang walaupun ikut tingkap jer pun. Bukan sebab nak ambil exam, tapi nak melukis biar saya sendiri faham apa dilukis dan orang lain pun faham sikit.
.
Contoh macam ni, nak cerita tentang space management. Tanah kita beli mahal-mahal lepas tu buat rumah, kita rugi sedangkan pemilikan tanah dalam negara kita ni kalau kita dah beli tanah, kita memiliki tanah dari tapak di permukaan sampai lah ke bawah tanah dan ke angkasaraya. Sama ada kita bina bertingkat atau kita bina ke dalam.
.
Ini rumah yang boleh diguna untuk storage. Tapi kalau dah yakin, storage tak collapse, sturuktur
mantap
, tak pecah masa tu kita re-enforce dan buat ruang tempat tinggal lah. Sekurang-kurangnya masa musim durian, penyangak durian tak perasan pun ada orang jaga. Kan?
.
Jangan ingat lukisan tak penting.
Kalau tak pandai melukis, kita boleh juga jadi macam Tun Mahathir. Cuma kita improve sikit. Tun kalau ke mana-mana bawa buku 555 dia untuk catit. Saya ada bawa notapad digital jer sebab senang boleh sync dalam cloud di semua buah-buahan epal yg saya ada. Tapi kita tambah lagi satu, MELUKIS.
.

Tanpa lukisan, impian hanya kita sahaja faham.
Kalau pasukan kita dah faham apa kita angankan, mereka pun jadi semangat.
.
Kau ada nampak strategis bola sepak buat strategy pakai tulis jer? Tak kan? Dia lukis.
.
Kau pandai lukis?
Kalau tak pandai, pakcik bagi link kelas melukis tu pada anak-anak kecil join di bahagian komen. Penat lah lukis, tulis tapi kaurang tak share pun apa pakcik tulis dan lukis ni.
.
.
SAIFUL NANG
CEO yang Melukis
.
Notakaki : Tak susah melukis ni. Saya pernah lukis serigala bila Orked yang terpengaruh dengan Upin Ipin “Pengembala dan Serigala” request lukisan serigala sebab dia nak coloring. Lepas saya lukis, Orked cakap “Nak Serigala lah Abah, bukan kambing”. Saya jawab “Takpe,hari ni Abah lukis kambing dulu, color ni dulu”.

Walaupun menangis dalam hati kerana saya memang lukis serigala. Bukannya kambing.

Nak anak cemerlang dalam akhlak, pendidikan dan kehidupan, semestinya bermula dengan latihan kreativiti melalui aktiviti seni. Daftarkan sahaja terus anak-anak dalam kelas-kelas seni Artman seperti jadual ini :

SABTU | 26 MAC 2022
9.00am - 12.00pm Kelas Komik Kartun
2.00pm - 5.00pm Kelas Teknik Mewarna

 

Nak LEBIH JIMAT, daftarkan mereka dengan menggunakan link pada gambar pakej-pakej berikut :


Related Posts

Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Melukis Sebenarnya Aktiviti Yang Luar Biasa
Tanpa kita sedar, sebenarnya melukis merupakan aktiviti yang luar biasa. Mungkin bagi sesetengah individu mengganggap...
Read More
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri? Dalam dun...
Read More
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Lemah Motor Skill Punca Anak Tak Nak Pergi Sekolah
Mak ayah ada tak anak yang setiap kali nak ke sekolah je mulalah buat perangai, tantrum dan beri banyak alasan? Pasti...
Read More

Filter
AJAR ANAK MELUKIS WALAUPUN NAK JADI JURUTERA KAPAL
AJAR ANAK MELUKIS WALAUPUN NAK JADI JURUTERA KAPAL