5 Apps Ibu Ayah Wajib Ada Untuk Elak Anak Tertengok Bahan Lucah
Banyak kerisauan yang timbul pada ibubapa apabila memberikan gadget kepada anak - anak. Memang ada keperluannya sekarang, oleh kerana sesi pembelajaran kini berlangsung secara online. Akan tetapi, harus diingat bahawa smartphone ini memang banyak perkara yang boleh diakses di hujung jari sahaja, samada baik mahupun yang sebaliknya. Yang penting ada internet. Sedikit sahaja kita sebagai ibubapa ini culas, boleh jauh terpesong perginya nanti anak - anak ini.

Sebenarnya, ada cara untuk kita kawal penggunaan gadget anak - anak ini, boleh juga kita set apa yang anak boleh akses, set tempoh masa penggunaan gadget dan lain - lain.
Ini dia 5 apps yang ibubapa boleh install untuk kawal gadget anak:
1. FamiKit
Banyak kelebihan yang boleh kita dapat dari apps ni. Anataranya ialah boleh menetapkan screen time anak - anak dengan gadget juga boleh kawal berapa lama anak - anak online, akses browser history anak - anak, dan boleh block sesetengah website, block YouTube mengikut kategori. Selain itu, sekiranya kita atau anak di luar kawasan, kita juga boleh pantau lokasi anak - anak melalui apps ini.
2. MMGuardian
Apps ini boleh digunakan samada di Android mahupun iOS. Kelebihan apps ini ialah kita boleh tahu lokasi anak - anak, boleh block perisian - perisian yang tidak sesuai dan juga boleh block panggilan dari seseorang yang kita tidak mahu seperti nombor scammer, penculik dan lain - lain. Yang paling menarik sekali, kita juga boleh dapatkan laporan terperinci penggunaan smartphone anak - anak.
Penting untuk kita install salah satu apps ini, bukan sebab tak percaya anak. Tapi tak percaya dengan 'opportunists' yang anak belum tahu bezakan. Kadang-kadang dalam zoom chat pun sempat 'menyelit jarum'.
3. Kids360
Apps ini membantu ibubapa untuk kawal masa penggunaan gadget anak - anak. Apa yang perlu dilakukan ialah ibubapa perlu install apps Kids360 sebagai kawalan phone anak, manakala phone anak perlu install Alli360 untuk dipasangkan dengan phone ibubapa. Sama seperti apps yang lain, ianya boleh kita set kan masa penggunaan gadget anak, block aplikasi yang tidak sepatutnya, juga boleh lihat berapa kerap anak - anak akses setiap apps.
Apps yang tak kita mahukan ini, kadang-kadang sengaja diaturkan untuk 'pop up' sedang anak leka guna gajet. Kita pun bukan sentiasa ada untuk pantau mereka. Halus jarum mereka, ibu ayah semua. Lainlah kalau anak kita buat aktiviti seni depan mata kita. Kita nampak mereka lukis apa, warna apa dan lain-lain.
4. ESET Parental Control
Antara kelebihan apps ini selain apps yang lain ialah ianya menyediakan mode Battery Protector yang mana ianya akan mengehadkan masa untuk anak - anak bermain game apabila telah samoai tempoh waktu bateri sudah lemah.
5. Google Family Link For Parents

Ramai yang katakan ini adalah aplikasi terbaik yang boleh digunakan ibu bapa bagi mengawal telefon pintar Android milik anak-anak.
Contoh, Google Family Link For Parents bagi version Iphone iOS9 dan ke atas boleh didownload tetapi Google Family Link For Teens And Children tidak boleh didownload jika anda menggunakan iOs10 dan kebawah.
Kelebihan apps ini yang utama adalah anak anda sama sekali tidak boleh membuang aplikasi tersebut dari telefon anda, walau apa sahaja kaedah digunakan termasuklah reset telefon kerana ia memerlukan email dan password dan akses code.

Semoga memberi manfaat kepada semua ibubapa diluar sana. Semoga anak - anak kita tidak dirosakkan oleh anasir - anasir buruk yang ada di sosial media sekarang ini.

Atau boleh sahaja klik ADD SELECTED TO CART untuk pembelian berdasarkan pakej di bawah.