5 Channel Aktiviti Anak-Anak di Youtube Buat Ibu Tersenyum ketika PKP

Dengan musim PKP yang masih berlanjutan, pergerakan ibu bapa dan anak-anak kekal terbatas. Jadi, kebanyakan aktiviti akan tertumpu kepada apa yang boleh dibuat di dalam rumah atau paling jauh pun, di perkarangan rumah sendiri. 

Untuk ibu bapa yang mungkin dah buntu bagaimana untuk melayan kerenah anak-anak, kami kongsikan 5 channel aktiviti di Youtube untuk mengisi masa anak-anak anda:

1. Easy Crafts 

Channel ini sesuai untuk anak- anak anda yang minat membina. Tahu tak yang anda boleh bina perabot mini untuk rumah anak patung dengan hanya menggunakan kertas sebagai bahan utama? Channel Easy Crafts ini ada tunjukkan caranya satu per satu. Ibu bapa dah tak perlu beli mainan baru, anak dah boleh buat mainan mereka sendiri! Kos pun boleh jimat. 

 

 

2. Crafts for Kids

Memandangkan sekarang pun, anak-anak belajar subjek Sains secara atas talian sahaja, apa kata anda galakkan anak untuk buat eksperimen sainsnya sendiri di rumah? Bahan-bahan pun yang mudah-mudah sahaja dan kebanyakannya sudah sedia ada di rumah. Selain eksperimen sains, channel ini turut menyajikan idea-idea kraf lain untuk anak-anak. Dengan idea-idea baru seperti ini, tidaklah mereka merasa bosan lagi terpaksa terperap di rumah.

3. Hello Origami

Origami atau seni melipat kertas dari Jepun ini sudah wujud lama, tapi sentiasa disegarkan sesuai dengan perkembangan semasa. Channel ini menunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk menghasilkan origami comel dan mudah dalam bentuk haiwan, makanan, penanda buku, kotak kecil dan banyak lagi. Origami ini dapat bantu anak asah ketajaman memori, kesabaran dan kreativiti. Kalau buat sekali tak jadi, boleh cuba lagi. 

4. Draw Cute Things

Jika anak anda minat melukis tetapi masih memerlukan gambar rujukan dan bimbingan, jemput singgah ke channel ini. Dalam channel ini, anda boleh tonton pelbagai tutorial untuk melukis objek-objek mudah dengan menggunakan satu alat sahaja. Lukisannya mudah sahaja untuk diikuti namun tetap comel! Yang lebih menarik, bukan sahaja boleh hasilkan lukisan comel, tapi aktiviti ini boleh buat anak kita jadi lebih kreatif. Bila dah kreatif, mereka lebih mudah nak jadi generasi CREATOR / PENCIPTA, dan bukan hanya sebagai pengguna. Sebab itu dalam sesi temuduga kemasukan ke University Cambridge, salah satu kriteria yang diperlukan adalah perlu ada KEMAHIRAN SENI.

 

5. Art for Kids Hub

Channel ini unik kerana diusahakan oleh sebuah keluarga. Kebanyakan video How To Draw mereka akan menampilkan ayahnya mengajar salah seorang anaknya melukis bersama-sama. Playlists video mereka sangat pelbagai, termasuklah cara melukis karakter kartun Disney, binatang, makanan dan bunga-bungaan. Selain belajar teknik melukis, anak-anak juga akan dapat belajar teknik mewarna sekali daripada video mereka. 

Tetapi belajar melukis daripada Youtube ini lebih kepada komunikasi sehala sahaja. Kan lebih seronok jika ada cikgu yang mengajar secara ‘LIVE’ dan boleh interaksi secara langsung dengan anak-anak? Ibu bapa dah tak perlu pening kepala. Bukan sahaja anak, ibu bapa pun jadi seronok dengan hasilnya.

Lihat sendiri perkongsian dari ibu bapa yang sudah menghantar anak mereka ke KELAS

 

 

 Kami ada sediakan Pakej Kelas Artman untuk bantu anak-anak belajar melukis kartun dan mewarna. 

Bersama Cikgu Izzah dan Cikgu Aina yang ceria dengan penerangan yang mudah difahami anak-anak berumur 5-12 tahun, (jangan risau, sebarang peringkat umur anak pun boleh menyertainya, jika berminat) dalam Kelas Komik Kartun dan Kelas Teknik Mewarna 

Hanya klik setiap gambar untuk daftar hari ini! Tempat adalah terhad. 

Hasil Kreatif: Auni Baharin


Related Posts

Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More

Filter
5 Channel Aktiviti Anak-Anak  di Youtube Buat Ibu Tersenyum ketika PKP - Saiful Nang Academy
5 Channel Aktiviti Anak-Anak  di Youtube Buat Ibu Tersenyum ketika PKP - Saiful Nang Academy