Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk

Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini membuka mata dan diharapkan dapat sama menyedarkan ibubapa di luar sana. . Adakah kita juga sama seperti ibubapa seperti dalam screenshots mesej ibubapa pembuli ini?
Berikut pula response dari ibubapa lain yang bengang dengan cara ibubapa pembuli ini 'menyiasat' dengan gaya bertanya yang tidak sesuai sebagai seorang ibu / bapa. 
Anak kita dibuli anak orang, ada cara menghadapinya. Jangan dibiarkan pula dan hanya beritahu anak "tak apa, janji adik tak buat orang lain pula".
.
Sebenarnya, ada cara lebih baik menangani masalah jika anak kita dibuli orang atau ibubapa kepada kawan anak kita. Lihat apa yang Cikgu Mohd Fadli kongsikan:
.
"Tepuk dahi aku baca screenshot ni petang tadi. Okey, meh nak cakap sikit kalau isu ni berlaku pada anak-anak kita : 
.
1. Terus report pada guru kelas kejadian anak kita dibuli
2. Kalau masih dibuli, terus pergi sekolah jumpa PK Hem laporkan pula.

Boleh elak anak jadi pembuli dengan pengisian yang mengembangkan potensi diri dan kawalan emosi. Daftar Kelas Seni di link pada gambar-gambar.
3. Jika masih tiada tindakan, jumpa Guru Besar, tunjukkan semua bukti laporan pada guru kelas dan PK Hem, tapi kes tetap berlaku. Masa ni confirm, tindakan segera pasti diambil, termasuk pindah anak ke kelas lain jika perlu
4. Jangan pergi sound dalam group wasap begini, pasti berakhir dengan perbalahan. Mula-mula perbalahan mulut sesama kaum mak, bila kaum ayah masuk campur, tak jadi gaduh mulut dah. Boleh bertumbuk.
5. Budak-budak tak pandai berdendam, pagi gaduh, petang dah baik-baik. Orang dewasa ni kalau bergaduh, makan tahun pun tak baik-baik lagi.
6. Benar ada murid jenis pembuli, hal ini guru kelas jangan ambil mudah. Ibubapa juga jangan ambil mudah bila guru tegur anak kita suka buli orang.
"Biasalah budak-budak". Ayat ni tak boleh pakai untuk kes buli.
Bantu anak bebas dari pembulian.
7. Perangai membuli jika tidak dicegah awal, besar esok lagi teruk. So, masa rebung, masa boleh dilentur, kita didik betul-betul. Tanpa perlu bergaduh sesama orang dewasa. Urus dengan cara yang betul, InsyaAllah semuanya selesai dengan cara elok.
Okey. Cukuplah 7 pesan malam ni. Babai."
.
Stop jadi pembuli dan stop biarkan diri dibuli.
Nak anak terlatih hidup aman damai tak dengki dengan orang lain, latih mereka melalui aktiviti seni. Latihan pada kelas seni bantu pengembangan fizikal dan emosi yang seimbang untuk anak.
Tekan link pada semua gambar untuk bantuan..
 


Filter
Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk - Saiful Nang Academy
Anak Bergaduh, Tapi Mak Ayah Yang Bertumbuk - Saiful Nang Academy