Gila : Kanak-kanak 8 tahun dan Kekasihnya 13 tahun, ‘Move in Together’ Atas Restu Kedua-dua Ibubapa

GILA.
Itu antara reaksi pertama bagi sesiapa yang membaca tajuk artikel ini.
Itu juga yang kami rasa, bila membacanya. Demi wang, ibubapa ini sanggup 'jual' anak. Memang gila.
.
Kami bawakan perkongsian dari penulis asal ini, untuk semua menilainya sendiri.
.
"Saya terbaca berita tentang model kanak-kanak Mila Maxanets berusia 8 tahun dari Ukraine dan kekasihnya 13 tahun, ‘move in together’ atas restu kedua-dua ibu bapa mereka. Gila!
Istilah 'move in together' bermaksud pasangan yang tidak berkahwin tetapi ingin tinggal bersama dengan kekasih mereka seperti pasangan suami isteri. Gila! 8 tahun. Ibu bapanya gila!
Kedua-dua ibu bapa mereka berpendapat bahawa perkara ini akan menjana pendapatan melalui media sosial untuk mereka. Gila!
Ramai orang menjadi marah dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan dengan merampas hak jagaan mereka dan menyekat akaun media sosial mereka.
.
Setakat petang tadi, saya lihat akaun masih aktif. Akaun Instagram Mila yang dulunya seramai 400 ribu lebih orang kini telah mencecah 500 ribu lebih. Manakala remaja lelaki itu pula asalnya dari 30 ribu lebih sekarang menjadi 50 ribu lebih.
Bahayanya, tindakan ini bakal menjadi ikutan kanak-kanak lain. Bahaya. Kalau ada kanak-kanak yang mahu jadi seperti Mila. Semakin hari, semakin ramai pengikut mereka.
.
Tinggal serumah dengan remaja lelaki berumur 13 tahun? Aduh! Gila. Saya lihat muka Mila ini, masih kanak-kanak yang sepatutnya bermain anak patung. Kelihatan dia terlalu teruja menjadi orang dewasa. Solekannya, gayanya.
.
Gila ibu bapa mereka ini kerana populariti, mengejar like, mengejar nama, habis anak di’gadaikan’ anak. Bayangkan apabila umur Mila ini 25 tahun nanti? Adakah akan kekal popularitinya itu?
Atau barangkali dia akan jadi ‘another child star’ yang sudah tidak lagi popular tetapi hidup dalam kenangan yang dulunya dia pernah popular, tidak boleh move on.
.
Masih mencari-cari cara ingin dikenali seperti dahulu sedangkan di media sosial itu, manusia yang menjadi trend bersilih ganti. Follower atau netizen ingin lihat muka baru dan topik baru.
.
Sebab itulah saya lihat menjadi trend ibu bapa yang menggunakan anak-anak mereka untuk popular di media sosial ini, kaut selagi boleh kaut tetapi kesan jangka panjang itu lebih bahaya.
Misalnya Mike and Heather Martin pasangan suami isteri yang mempunyai video Youtube “DaddyOFive” telah kehilangan hak penjagaan terhadap dua orang anak kecil mereka.
.
Video-video mereka berkenaan bagaimana mereka mengenakan prank kepada anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak menangis secara histeria, memarahi dan menjerit terhadap mereka. Penonton mereka hingga jutaan.
Gila! Ramai orang marah kerana cara mereka yang menggunakan anak-anak sehingga menyebabkan penderaan mental dan anak-anak dimalukan dan menjadi tontonan awam.
.
Alasan oleh kedua-dua ibu bapa ini, adalah situasi dalam video itu ada antaranya lakonan sahaja dan ada antaranya benar. Kata ayah mereka, dia hanya mahu anak-anaknya bangga apabila bapanya terkenal. Hish! Narcissistic dan pentingkan diri sebenarnya.
.
Lebih baik kalau kita bangga dengan hasil seni anak dalam melukis dan mewarna. Tekan gambar untuk link kelas-kelas yang ditawarkan dan sesuai untuk anak-anak.
Begitu jugalah, video-video oleh Mila Stauffer yang pernah menjadi sensasi. Seorang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 4 tahun yang sentiasa rolling eyes, menjelingkan matanya bercerita tentang hubungan, isu-isu semasa dan sentiasa memberi komen-komen negatif tentang banyak perkara.
.
Ada berpendapat bahawa Mila itu comel dan ada juga tidak setuju kerana segala yang diperkatakan Mila itu sebenarnya skrip yang diberikan oleh ibu bapanya. Digambarkan semua perkara Mila akan menjadi sinis dan tidak suka. Kanak-kanak seusia Mila tidak patut begitu.
.
Sayangnya keceriaan kanak-kanak, kehidupan kanak-kanak seolah-olah diambil dari mereka yang terkenal di media sosial dan diajar menjadi dewasa sebelum waktunya.
Bahayanya mereka inilah juga yang menjadi ikutan kanak-kanak lain yang ingin jadi seperti mereka. Kehidupan ini bukan setakat waktu kita kanak-kanak sahaja, kehidupan ini lebih jauh lagi.
.
Saya bayangkan apa akan jadi pada mereka 10 atau 20 tahun akan datang nanti. Adakah keseronokan populariti yang sementara ini akan jadi bekalan waktu dewasa nanti?"
.
.
Ngeri memikirkan kesan dari kegilaan ibubapa mengumpul harta dengan cara ini. Ada banyak cara lain yang lebih selamat dan tetap boleh jana pendapatan dan tetap boleh pastikan anak cemerlang akademik dan akhlak.
.
Boleh mulakan dengan fokus kepada pendidikan adab dan akhlak dalam aktiviti seharian. Ibubapa di Jepun dan Findland pun tak desak dalam urusan yang buat anak stress dan tak gembira. Lagi-lagilah mereka tak paksa anak jadi sumber pendapatan untuk ibubapa cara gila.
.
Anak dididik mahir seni pun boleh cemerlang akademik dan akhlak kalau betul caranya. Dari situ mereka belajar tentang yang baik dan buruk dalam satu-satu perbuatan.
.
Bantu anak cemerlang bermula dari penghasilan seni anak melukis dan mewarna. Tekan gambar untuk link kelas-kelas yang ditawarkan dan sesuai untuk anak-anak.


Filter
Gila : Kanak-kanak 8 tahun dan Kekasihnya 13 tahun, ‘Move in Together’ Atas Restu Kedua-dua Ibubapa - Saiful Nang Academy
Gila : Kanak-kanak 8 tahun dan Kekasihnya 13 tahun, ‘Move in Together’ Atas Restu Kedua-dua Ibubapa - Saiful Nang Academy