Kesan Emosi Anak-Anak Melalui Lukisan Ketika Lockdown
Tahukah kita emosi anak kecil boleh dibaca melalui lukisan?
Lukisan dan penggunaan pensil warna digunakan untuk memahami jiwa kanak-kanak yang menerima rawatan kaunseling, psikologi dan juga terapi?
Pernahkan kita menyelami jiwa anak-anak ketika pendemik Covid19 melanda negara sehingga kini?
Semenjak pandemik covid 19 melanda, keadaan di negara tiba-tiba berubah 180 darjah. Masing-masing sudah mula bekerja dari rumah. Ada bisnes mula terjejas dan ada juga yang meningkat. Tidak kurang juga yang kehilangan pekerjaan.
Anak-anak pun terkesan sama. Jika selama ini pembelajaran dilakukan di sekolah, kini sudah berbeza. Pembelajaran sekolah juga sudah beralih dan dilakukan dari rumah. Maka wujudnya pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPr) semenjak Covid19 melanda.
Selama ini kita selalu mendengar luahan suara ibu ayah yang tertekan menguruskan kerja dan PdPr anak-anak di rumah. Macam-macam luahan yang dikongsikan di sosial media. Rata-rata stress dari segi pengurusan masa, kerjaya, anak-anak, emosi dan sebagainya.
Tetapi pernahkan kita bertanya tentang emosi anak-anak selama ini? Pernah tak kita mendengar luahan hati mereka semenjak berdepan PdPr? Apakah yang mereka rasakan selama ini?
Lukisan dapat menggambarkan emosi kanak-kanak . Dalam keadaan pandemic melanda, suara mereka seperti disekat. Mereka perlu patuh dengan arahan ibu ayah memandangkan semua operasi berkerja, belajar, pengurusan rumah, dan sebagainya perjalan serentak. Tidak semua ibu ayah dibekalkan ilmu parenting yang baik. Namun kita perlu ingat, ini berlaku kerana ibu ayah menggunakan kaedah parenting style berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri ketika masih kanak-kanak suatu ketika dahuku.
Lukisan juga boleh menggambarkan tahap kematangan emosi mereka dalam menghadapi suasana persekitaran. Ia umpama luahan hati ikhlas mereka terhadap apa yang mereka lalui. Jika diperhati lukisan si anak, ia seperti satu mesej bergambar. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang. Hati-hati ibu ayah. Di kala pandemik Covid19 melanda negara, kita ingat kita sahaja yang kerunsingan. Sedarkah kita apa yang anak-anak rasakan?
Bila emosi terus dipendam, lama kelamaan anak-anak juga mula tertekan. Bila memberontak, dikatakan kurang adab. Bila mereka mahu katakan sesuatu, kita sibuk fokus pada pekerjaan yang perlu diuruskan. Bila anak bermain dengan gajet, barulah mereka dikatakan akan duduk diam dan masing-masing ‘boleh’ fokus pada hal sendiri. Ini tidak sihat untuk perkembangan mental dan emosi anak-anak. Ia membimbangkan kerana ia akan memberi kesan dalaman yang agak negatif terhadap perkembangan anak-anak.
Dalam rawatan kaunseling dan terapi, klien akan disuruh untuk melukis sebagai medium penerokaan tahap emosi. Banyak infomasi yang boleh di baca dari lukisan tersebut. Antara kaedah yang digunakan ialah Art Drawing House-Tree-Person (ADHTP) dan juga Draw A Person In Rain (DAPIR) untuk menafsir tahap kecelaruan minda dan emosi. Sama juga hal seperti anak-anak, melalui lukisan, ini dapat menunjukkan apa yang mereka sedang berfikir dan merasai.
Sudah tiba masanya untuk memperbetulkan keadaan. Gajet bukannya solusi kepada semua permasalahan. Lebih baik mereka berasa bosan tidak dapat bermain gajet kerana lambat laun sel-sel otaknya akan berhubung untuk mencipta sesuatu yang kreatif. Galakkan anak-anak melukis atau conteng di buku skrap. Ambil peluang untuk mengesan emosi anak-anak melalui lukisan. Jangan terkejut dengan apa yang mereka lukiskan!
Namun begitu, ibu ayah juga perlu memainkan peranan besar dalam menafsir lukisan anak-anak. Usah disalah tafsir lukisan mereka. Hanya anda sahaja yang mampu memahami apa yang mereka lukisankan. Mana-mana lukisan yang kelihatan agak negatif, ambillah langkah proaktif dalam menangani masalah tersebut. Cegah sebelum parah. Ketika usia muda inilah kita selama hati mereka untuk merawat luka jiwa yang tidak kelihatan.
Fahami bahasa komunikasi kanak-kanak. Ada yang selesa bertutur kata. Ada yang menulis melalui cerita. Ada yang memendam rasa. Yang pasti melalui lukisan, kita pasti boleh memahami apa yang mereka mahu luahkan. Melalui lukisan mewarna juga ia akan menjadi teapi kepada minda dan emosi anak-anak.
Jom galakkan anak-anak melukis. Beri mereka ruang untuk meneroka dan mengeksprasikan diri. Ajak anak-anak melukis dan bacalah isi hati yang mereka mahu sampaikan.
Penulis supplementmama.com
...
Anak-anak tidak pandai melukis? Jangan risau. Kami akan bantu mereka melukis komik kartun dari asas. Ibu bapa pasti akan teruja memahami emosi anak-anak lukisan tersebut. Sertai Kelas Komik Kartun dan Kelas Teknik Mewarna dan dapatkan TAWARAN HARGA KOMBO dengan memilih PAKEJ ARTMAN.
Terus klik gambar di bawah untuk pendaftaran segera.