Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget

Hari ini ada mak ayah yang BERBANGGA dengan anak yang diberi pendedahan gadget seawal umur 2- 3 tahun cepat kenal A-Z, 1-10 dan cakap English hanya dengan melalui YouTube. Kiranya anak tu 'advance' dalam mencerap, tak perlu susah - susah mak ayah atau ada cikgu yang nak mengajar.

Kebanyakan anak yang dah terbiasa dengan gadget ini SANGAT KURANG bercakap ataupun bergaul dengan orang sekeliling. Kadang - kadang nak minta gadget dari mak ayah pun tak guna mulut. Ada yang hulur tangan sahaja, ada yang cari sendiri dalam beg mak.

Bila tak dapat gadget, mereka ini juga sangat mudah TANTRUM. Sebab apa? Sebab ada sesuatu yang mereka kurang.

Kekurangannya ialah pada KEMAHIRAN KOMUNIKASI. Walaupun dilihat boleh kenal nama - nama, tetapi ada masalah dalam komunikasi harian kerana mereka hanya tahu apa yang mereka hafal sahaja, bukan melalui PEMBELAJARAN BERPERINGKAT seperti orang normal lalui.



MUDAH TANTRUM kerana mereka tak tahu bagaimana nak menyampaikan, sebab tak biasa berinteraksi dengan mak ayah dan orang sekeliling.

Ingat, kita bukan nak cipta anak jadi ROBOT. Tiada proses yang singkat untuk pembentukan anak - anak. Pertumbuhan dari segi EMOSI (EQ) itu adalah lebih penting, bukan INTELEKTUAL (IQ) semata - mata.

Ramai lupa 0-6 tahun adalah fasa paling crucial dalam kehidupan manusia. Ia adalah asas kepada kehidupan seterusnya hingga ke dewasa.

Perkembangan otak paling pesat berlaku dalam fasa ini. Ia bukan tentang membaca, mengira dan mengenal warna semata.

Bukan tak boleh, tapi berpada - padalah, kita sendiri boleh timbangtara baik buruknya, ada keperluan atau tidak untuk anak. Jika gadget itu dijadikan sebagai guru kepada mereka, apakah FUNGSI kita sebagai ibubapa pula?

Disebalik kemudahan & kelebihan yang kita lihat pada gadget sekarang, ada kesan sampingannya pada anak - anak kita. Renung - renungkanlah.

Bagi ibubapa yang ingin memanfaatkan masa lapang anak dengan mengasah bakat seni anak, jom daftakan ke KELAS SENI ARTMAN sekarang. Ada 3 kelas yang menarik yang tak sabar kami nak kongsikan pada anak - anak.

Klik sahaja ADD TO CART di bawah untuk pendaftaran segera dan dapatkan HARGA DISKAUN yang sanagat berbaloi dengan pembelian dibawah PAKEJ YANG DISEDIAKAN.

Related Posts

Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Tanda Anak Alami Masalah Motor Halus
Dalam fasa anak - anak membesar, adakah kita perasan masalah perkembangan pada mereka? Contohnya, ada perkara yang pa...
Read More

Filter
Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget
Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget